in ,

Tenang Menjelma Apabila Rakyat Malaysia Duduk Rumah Melawan COVID-19

Tenang menjelma apabila rakyat Malaysia duduk rumah dan bekerjasama sesama sendiri tanpa mengira sempadan ketika dilanda krisis.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan penghalang kepada rakyat Malaysia dari timur dan barat bekerjasama menenangkan jiwa rakyat Malaysia di masa penularan wabak Covid-19.Walaupun pegangan tangan dikekang sewaktu menjalani amalan penjarakan sosial, pelajar dan pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi UNIMAS bekerjasama  dengan alumni mereka dari sebuah agensi pakar komunikasi krisis di Kuala Lumpur, Citrine One Sdn Bhd, untuk menghasilkan lagu menyentuh jiwa dan lagu ini didedikasikan kepada semua warga Malaysia yang mematuhi MCO dan dan golongan barisan hadapan yang bekerja keras untuk membendung wabak Covid-19.

“Kami berharap bahawa lagu ‘Tenanglah’ ini memberikan semangat kepada semua rakyat Malaysia yang sedang bersama-sama memerangi pandemik secara ini berasingan.

“Ini adalah satu masa yang amat mencabar buat orang ramai kerana ramai, terutamanya buat golongan barisan hadapan dan pesakit yang terpisah dari keluarga dan rakan-rakan.

Kami semua sedang berperang dengan wabak ini dan kami mesti menang,”

– Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa dan Komunikasi Khadijah Mohamad Tuah

Pengasas & Pengarah Urusan Citrine One berkata beliau amat berbesar hati kerana pasukannya menawarkan diri secara sukarela untuk mengendalikan projek ini dan menambah bahawa video muzik ini siap dalam tempoh kurang daripada lima hari.

Beliau berkata bahawa pasukannya menghubungi kenalan peribadi mereka melalui Whatsapp untuk menghubungi Nana, seorang pensyair Malaysia yang bersetuju untuk meluangkan masa secara sukarela untuk menulis lirik lagu ini dan Zoe Wong, seorang komposer muda untuk menyusun irama lagu tersebut secara suka rela.

“Kami merangka konsep lagu tersebut dan memberi panduan yang jelas kepada semua penyanyi sukarela untuk merakam bahagian mereka dari rumah dengan hanya menggunakan telefon bimbit, komputer riba dan fon telinga.

Kerja-kerja rakaman mengambil masa selama satu setengah hari dan editor video kami mengambil masa sehari hari lagi untuk mengolah bunyi dan mengatur video ini!

“Sungguh menakjubkan bagaimana rakyat biasa yang mematuhi MCO di Johor, Kuching, Kuala Lumpur dan juga Amerika Syarikat boleh bekerjasama untuk menghasilkan sesuatu begitu menyentuh perasaan.

“Dalam memerhati bagaimana individu-individu ini bekerja sama secara berasingan saya mendapat harapan baru untuk percaya bahawa rakyat Malaysia boleh menempuhi segala dugaan yang sedang kami lalui dan mematuhi PKP. Tenanglah,”

– Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa dan Komunikasi Khadijah Mohamad Tuah

hli Kumpulan yang telah menjayakan musik video ini dan lokasi mereka:

NamaSiapa mereka?Lokasi
Aida Yasmeen Sam SuriPelajarUNIMAS (Fakulti Bahasa dan Komunikasi)Kuching, Sarawak
Alvert Anyap (Bob)PelajarUNIMAS (Fakulti Bahasa dan Komunikasi)Kuching, Sarawak
Andrea MathewRakan SekutuCitrine One Sdn Bhd Kuala Lumpur
Azma Azrina AhmadPelajarUNIMAS (Fakulti Bahasa dan Komunikasi)Johor Bahru
Cynthia LeeRakan PengurusanCitrine One Sdn Bhd Kuala Lumpur
Erlinda MikalAhli Akademik/Guru BahasaUNIMAS (Fakulti Bahasa dan Komunikasi)Kuching, Sarawak
Evan TanPelajar sekolah menengahKuala Lumpur
Ivlynn YapPengasas/Pengarah UrusanCitrine One Sdn Bhd Kuala Lumpur
 Khadijah Mohamad TuahPensyarah KananUNIMAS (Fakulti Bahasa dan Komunikasi)Kuching, Sarawak
Liz WongRakan SekutuCitrine One Sdn BhdKuala Lumpur
Melisa RajagopalAhli Akademik/Guru BahasaUNIMAS (Fakulti Bahasa dan Komunikasi)USA
NanaPensyairKuala Lumpur
Nur Aimi Khalidah Hamzir (Mia Damia)PelajarUNIMAS (Fakulti Bahasa dan Komunikasi)Kuching, Sarawak
Shaerine Irwina KaurEksekutif Komunikasi Pemasaran KananCitrine One Sdn BhdKuala Lumpur
Zoe WongPelajar/KomposerMonash University Malaysia (School of Arts and Social Science)Kuala Lumpur

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tarik Jeans Keluarkan Koleksi Poster Percuma Pesanan Khidmat Masyarakat Harungi PKP

Data Percuma 1GB Setiap Hari dari Maxis Semasa Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19