in

Adik Ni Rindu Sangat kat Kekasih, Luahan Lucu Yang Viral Selepas Lama Kena Kuarantin

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudahpun memasuki 12 hari, so far hari-hari anda bagaimana, okay ke?

Perintah Kawalan Pergerakan juga bermaksud anda tidak boleh keluar berjumpa dengan yang tersayang, membuatkan perasaan rindu kepada si kekasih semakin menebal dan menular di dalam hati. Itulah yang terjadi kepada adik kita ini, Arif Syahmi yang rindukan kekasihnya.

Dengan panggilan manja Ayang-Abiey, adik Arif Syahmi meluahkan rasa rindunya untuk bergelak ketawa semasa pulang daripada sekolah bersama kekasihnya, ‘Ayang’.

Rindu Yang Teramat Sangat kepada Kekasih, Ini Luahan Lucu Yang Viral Selepas Lama Kena Kuarantin

“Kita x bleh jumpa ayang selagi Muhyidin Yasin x bagi keluar”

Sambungnya lagi, adik Arif meluahkan bahawa dia juga mahu keluar untuk berjumpa dengan ‘Ayang’, namun tidak berani untuk keluar rumah selagi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin tidak membenarkan rakyat untuk keluar rumah.

Rindu Yang Teramat Sangat kepada Kekasih, Ini Luahan Lucu Yang Viral Selepas Lama Kena Kuarantin

“Biey janji bile coronanvi1rus semua dah mati biey akan vaksinkan sebanyak mungkin rindu cinta dan sayang biey yg tertangguh ke dalam ati ayang”

Di akhir ayat, adik Arif membuat janji akan membalas rindu yang tertangguh ini dengan ‘memvaksinkan rindu cinta’ kepada buah hatinya.

Post yang mendapat 21,000 sukaan dan 15,000 perkongsian ini mendapat perhatian ramai warganet yang terhibur dan juga mengecam kisah cinta suci adik Arif.

Terkesan dengan hasad dengki netizen terhadap kisah suci cintanya, adik Arif Syahmi memuat naik dua lagi post untuk menjelaskan tindakan beliau.

Rindu Yang Teramat Sangat kepada Kekasih, Ini Luahan Lucu Yang Viral Selepas Lama Kena Kuarantin

Dalam Perintah Kawalan Pergerakan yang penuh dengan tekanan ini, usahlah kita bergaduh disebabkan sesuatu perkara yang kecil.

Diharapkan adik Arif Syahmi dapat berjumpa dengan kekasih hatinya selepas tamat tempoh PKP ini. Amin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aksi Tarian Zizi Kirana Dikecam, Tak Sensitif Musibah Covid-19

Tarik Jeans Keluarkan Koleksi Poster Percuma Pesanan Khidmat Masyarakat Harungi PKP