in , ,

Tahniah! Fad Bocey Timang Cahaya Mata Keempat

Isteri pelawak Fad Bocey iaitu Nur Syahirah A. Rahman selamat melahirkan anak keempat mereka di sebuah hospital swasta pada jam 4.41 pagi tadi. Berita gembira itu dikongsi Fad di akaun media sosial Instagram, hari ini.

Menerusi hantaran dimuat naik, Fad menzahirkan rasa syukur dikurniakan bayi lelaki yang diberi nama Ibrahim Jibriel selain mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengutuskan doa.

Tahniah! Fad Bocey Timang Cahaya Mata Keempat

“Syukur alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, tarikh hari ini 20/10/2020 jam 4:41 pagi, isteri saya selamat melahirkan baby boy (bayi lelaki). Thank you (terima kasih) semua yang mendoakan kami,”

– Fad Bocey

Fad atau nama sebenar Muhamad Fadzlie Mohd Nizam mendirikan rumah tangga dengan Syahirah pada tahun 2015.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Favian Adrazin Hayyan, Favian Adrazin Zayyan, Nur Aminah Mishal dan terbaharu Ibrahim Jibriel.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KAMAL ADLI

Akhirnya Rahsia Besar Kamal Adli & Uqasha Senrose DIkantoikan Michael Ang

Umbrella Terpaksa Batal Showcase 25 Tahun Bulan Disember Ini Kerana Covid-19