in ,

Sinopsis & Info Filem SYIF MALAM RAYA Lakonan Youtuber Yoe Parey, Syahmi Sazly & Asif Suhaimi

United Studios mempersembahkan ​Syif Malam Raya, sebuah filem bergenre komedi seram bakal menggamatkan pawagam seluruh negara pada bulan Syawal 2020 nanti.

United Studios ​mengumumkan secara rasmi hari ini bahawa filem terbaharu edaran mereka iaitu ​Syif Malam Raya bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada bulan Syawal yang akan datang. Promosi filem bergenre komedi seram ini telah dimulakan sejak seminggu yang lalu melalui platform digital dengan memperkenalkan poster rasmi dan poster watak-watak yang terbabit dalam filem tersebut. Malam tadi treler rasmi filem ​Syif Malam Raya pula telah dilancarkan di saluran YouTube United Studios.

Filem SYIF MALAM RAYA
Poster Filem SYIF MALAM RAYA

Tidak sampai 12 jam ditayangkan kepada umum, video berdurasi 95 saat itu telahpun mencapai jumlah tonton lebih 60,000 kali dengan hampir 5,000 sokongan butang ‘like’. Tekan link berikut untuk menonton treler rasmi filem ​Syif Malam Raya:​ https://youtu.be/meFL45yojvk

Filem ​Syif Malam Raya adalah filem terbitan Ray Theme Sdn. Bhd. mengisahkan tentang empat orang rakan yang mengalami kejadian aneh ketika mereka dalam perjalanan pulang ke kampung pada malam raya.

Keadaan menjadi kecoh setibanya mereka di sebuah kampung yang gempar dengan kemunculan ‘pocong’.

Diterajui dua orang ahli kumpulan Zero, iaitu Atu dan Sharif, filem ​Syif Malam Raya turut dibarisi pelakon wanita popular antaranya Reen Rahim, Nadia Brian dan Lia Natalia serta penampilan sulung tiga orang​ Youtuber terkenal, iaitu Yoe Parey, Syahmi Sazly dan Asif Suhaimi yang pertama kali diberi peluang beraksi di layar perak.

Turut ditampilkan dalam filem ini adalah Saiful Zero dan pelawak-pelawak hebat tanahair iaitu Saiful Apek, Azlee Senario, dan Ropie yang pastinya akan mencuit hati penonton-penonton.

Biarpun baharu sahaja menamatkan penggambaran yang bermula sejak bulan Februari yang lalu, filem ​Syif Malam Raya sudahpun berada di peringkat akhir proses pasca produksi dan kini menanti pengesahan tarikh tayangan daripada pihak Wajib Tayang. Ketahui perkembangan terkini mengenai​ Syif Malam Raya dengan mengikuti akaun media sosial berikut:

Instagram: www.instagram.com/syifmalamraya_official Facebook: www.facebook.com/utdstudios

Filem SYIF MALAM RAYA
Filem SYIF MALAM RAYA
Filem SYIF MALAM RAYA
Filem SYIF MALAM RAYA
Filem SYIF MALAM RAYA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hefny Sahad Kongsi Bakat Dekorasi Kediaman Dalam PROJEK RUANG di TV Okey

Alvin Chong & Jannine Weigel Dikuarantin & Jalani Ujian Saringan Selama 14 Hari Selepas Pulang dari AS