in , ,

Alvin Chong & Jannine Weigel Dikuarantin & Jalani Ujian Saringan Selama 14 Hari Selepas Pulang dari AS

Penyanyi dan pelakon, Alvin Chong akan menjalani ujian saringan kesihatan sekali gus bersedia dikuarantin selama 14 hari selepas tiba dari Amerika Syarikat.

Alvin Chong, 29, berkata dia akan mematuhi segala arahan yang sudah dikeluarkan kerajaan selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin megumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula esok.

“Sekarang saya dalam perjalanan pulang ke tanah air dari Amerika Syarikat. Saya maklum berkenaan arahan di keluarkan Perdana Menteri semalam.

“Jadi, apabila di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) nanti, saya akan buat ujian saringan kesihatan yang disediakan.

“Saya juga akan kuarantinkan diri selama 14 hari seperti yang dinasihatkan. Cuma apa yang dirisaukan sekarang di rumah tidak ada barangan makanan dan keperluan harian. Apa-apa pun, doakan saya tiba dengan selamat,”

– Alvin Chong
Alvin Chong
Alvin Chong

Alvin berada di sana bagi tujuan percutian peribadi selepas terbabit penggambaran drama.

Alvin yang baru muncul dengan single Tak Terganti terbitan Universal Music berkata, dia tidak terlepas daripada menjaga kesihatan sepanjang berada di negara Uncle Sam itu termasuk ketika berada dalam penerbangan.

“Ketika berada di tempat duduk pesawat, saya pastikan ia bersih dan ‘hygiene’ terlebih dahulu. Malah, saya juga tidak terlepas daripada menggunakan topeng muka, losen tangan dan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer).

“Jadi, jangan risau semua. Saya juga tidak mahu ada apa-apa yang berlaku. Jadi, pencegahan awal itu lebih baik,”

– Alvin Chong

Berkongsi mengenai video muzik Tak Terganti yang turut menampilkan pelakon, Emma Maembong sebagai model, Alvin berkata ia maklum balas diberikan sangat positif.

“Saya gembira dengan sambutan diberikan. Malah, saya berterima kasih kepada semua yang sudah menonton dan memberikan maklum balas.

“Macam penyanyi lain juga, saya berharap lagu ini boleh pergi jauh dan menghiburkan hari-hari anda. Saya juga akan sentiasa belajar dari semasa ke semasa untuk memperbaiki diri,”

– Alvin Chong
Jannine Wiegel
Jannine Weigel

Sementara itu, seorang lagi artis yang baru pulang dari Amerika Syarikat iaitu Jannine Weigel turut menjalani tempoh kuarantin.

Jannine Weigel adalah artis berdarah kacukan Jerman dan Thailand dan bernaung di bawah syarikat RedRecords iaitu kerjasama antara AirAsia Group dan Universal Music Group.

“Saya baru tiba dari Amerika Syarikat dan perlu berada di rumah dan kuarantinkan diri sepanjang tempoh seminggu ini. Mungkin tidak banyak aktiviti yang boleh dibuat.

“Jadi, sosial media saya juga tidak banyak yang boleh dimuat naik. Apa yang boleh dikongsi, saya akan berkongsi kepada anda,”

– Jannine Weigel

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis & Info Filem SYIF MALAM RAYA Lakonan Youtuber Yoe Parey, Syahmi Sazly & Asif Suhaimi

Astro Tawarkan Siaran Semua Saluran Filem Secara PERCUMA Selam