in ,

Siti Nordiana Nyanyi Live Lagu KEJAM – OST Filem PUSAKA

Penyanyi terkenal, Siti Nordiana Alias berbangga kerana mendapat peluang untuk menyanyikan lagu tema untuk filem Pusaka yang berjudul Kejam.

Menurut penyanyi yang mesra disapa sebagai Nana ini, dia gembira kerana dapat bekerjasama dengan komposer terkenal, Datuk Wah Idris.

“Lagu ini dicipta oleh Datuk Wah Idris dan liriknya pula hasil nukilan Joe Zainol dan Datuk Wah sendiri. 

“Saya berbangga kerana dapat peluang menyanyikan lagu tema filem Pusaka dan rasa senang kerana dapat berkolaborasi bersama komposer tersohor seperti Datuk Wah,”

– Siti Nordiana

Tambah Nana, lagu Kejam berbeza dengan lagu tema yang sering digunakan dalam filem seram lain.

“Ia berbeza kerana liriknya menunjukkan sisi ‘dark side’ dan tidak seperti lagu dalam filem seram lain.

“Saya menyanyi dengan perasaan untuk membalas dendam. Jadi, saya buat kajian sedikit mengenai jalan ceritanya, mengapa lagunya begitu dan perasaan yang digambarkan oleh pelakon filem terbabit,”

– Siti Nordiana

Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director’s Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.

Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.

Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kediaman Mesra Alam Dalam Dokumentari Inggeris PLANET HOME

KAWAN AKU MATI DALAM RUMAH SEWA Trending di Youtube Malaysia