in ,

Kediaman Mesra Alam Dalam Dokumentari Inggeris PLANET HOME

Tanggungjawab sosial memaparkan usaha dan aktiviti dilakukan yang bersesuaian dengan alam semula jadi yang bertujuan untuk mengelakkan pencemaran yang dialami sekarang dikongsikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam dokumentari Inggeris, “Planet Home” mulai 24 Oktober ini, setiap hari, pukul 11.30 malam di TV1.

Dalam 26 episod dokumentari ini turut mengetengahkan tentang pembangunan teknologi, reka bentuk dan gaya hidup manusia sedang mula disesuaikan dengan keadaan dan ekologi alam semula jadi dalam mencegah pencemaran alam sekitar yang berlaku saban hari. 

Dalam episod pengenalannya menunjukkan pembinaan sebuah hotel berbentuk ‘Chalet’ di atas pokok di hutan di Sweeden. Rumah penginapan ini dibina tanpa sebarang gangguan kepada pokok atau alam semula jadi di hutan. Semua aspek pembinaan hotel itu mengambil kira pemeliharaan hutan dan penjagaan alam sekitarnya. Chalet-chalet ini dibina atas pokok dan reka bentuk sebagai sarang burung, kapal angkasa dan sebagainya. Konsep ini sangat popular di kalangan pelancong dan kebanyakan mereka datang dari negara-negara Eropah.

PLANET HOME

Episod seterusnya menunjukkan usaha dewan bandar raya Paris di Perancis untuk membaik pulih bangunan-bangunan lama kepada yang baharu dan dalam masa yang sama memastikan bangunan-bangunan itu bersesuaian dengan konsep kehijauan bandar. Bumbung gudang itu juga dilengkapi dengan panel-panel solar untuk menjimatkan tenaga elektrik.

Ikuti juga episod yang menyiarkan transformasi yang berlaku di daerah Wilhelmsburg, Hamburg, Republik Persekutuan Jerman berasaskan kepada pembangunan yang berkonsepkan mesra alam, pembangunan sebuah kawasan perumahan di sekitar sebuah universiti di Vancouver, Canada dimana tapak perumahan ini dibangunkan di sebuah kawasan yang dikelilingi dengan bukit bukau, hutan, sungai dan tasik. Ia seolah-olah bandar dalam hutan. 

Tambah menarik perkongsian pembinaan rumah-rumah yang mesra ekologi, menukar sebuah lombong lama di Perancis kepada sebuah kawasan perumahan masa depan, bangunan lama dinaiktarafkan kepada yang baru serta mesra ekologi, dan sebuah rumah mesra alam yang diperbuat daripada kontena perkapalan.

Ada juga episod memaparkan pembinaan rumah rehat dan kesemua peralatan di dalam kediaman tersebut berasaskan kayu. Istimewanya makanan dibekalkan melalui bakul dan tali yang boleh ditarik ke atas pokok dan dikutip oleh penghuni.

Ikuti juga tajuk menunjukkan sebuah hotel mesra alam di kepulauan Polynesia, meninjau usaha sebuah keluarga yang berpindah dari bandar ke luar bandar untuk menikmati kehidupan yang lebih mesra alam, dan pembangunan sebuah hotel berbentuk kota keselamatan, yang mesra alam, di pinggir padang pasir di Maghribi.

Episod berikutnya menunjukkan kawasan perumahan yang didirikan berkonsepkan koperasi dan pentadbiran oleh ahli-ahlinya selepas itu, dan ciri-ciri sebuah hotel yang mesra alam di kawasan terpencil di Iceland.

Menarik bukan dapat mengetahui kewujudan sebuah rumah mesra alam yang bina di bawah tanah dan yang mampu menjana tenaga yang diperlukan. Begitu juga tentang rumah mesra alam yang dibina di kawasan lama tapak industri dan keunikan sebuah rumah mesra alam yang diperbuat daripada barangan kitaran semula di Mexico. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kemunculan Ezlynn Dalam Drama Bersiri 30 JUZUK CINTA

Siti Nordiana Nyanyi Live Lagu KEJAM – OST Filem PUSAKA