in ,

Sinopsis Telemovie KOMA RAYA Lakonan Luqman Hafiz

Bayangkan bila anda tersedar pada masa sepuluh tahun yang akan datang dan segala-galanya berubah seiring dengan arus kemodenan. Pastinya pelbagai situasi bercampur baur mula menguasai fikiran. Sedekad berlalu bukan tempoh yang singkat untuk seseorang menerima kenyataan depan mata dengan sehari.

Telemovie Koma Raya Terbitan KRU Studios Lakonan Luqman Hafiz Di TV1

Masih dalam suasana menghayati sambutan Aidilfitri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan telemovie bertajuk “Koma Raya” terbitan KRU Studios Sdn Bhd mengisi slot popular Panggung Ahad pada 9 Julai ini, pukul 10.05 pagi menerusi TV1.

Menampilkan pelakon Luqman Hafiz, Enot, Fauziah Nawi, Munir Phyne Ballerz dan Fazreen Fazera, Koma Raya menceritakan tentang Ghani yang baru sedar dari 10 tahun koma akibat kemalangan jalan raya.

Setelah itu Ghani yang kini sudah berusia 25 tahun kembali semula di kampungnya dan cuba untuk menjalani hidup seperti biasa dengan menyambut bulan Ramadan pada tahun 2016. Meskipun semuanya terlihat asing namun dia berusaha untuk membiasakan diri.

Sepanjang Ramadan, Ghani sering terkenang perbezaan puasa pada sepuluh tahun yang dulu dengan pada zaman sekarang. Ketika itu juga Ghani bertemu dengan sahabat baiknya iaitu Sani yang mengajarnya cara untuk menempuh kehidupan pada tahun 2016 dengan kemodenan teknologi dan ekonomi yang sesak.

Hidup Ghani mula kucar kacir apabila dia berimpian untuk menyambut Raya seperti 10 tahun lepas, namun mendapat tentangan dari Along dan Angahnya yang sudah berubah.

Telemovie KOMA RAYA

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Telemovie KOMA RAYA

Telemovie KOMA RAYA

Telemovie KOMA RAYA

Telemovie KOMA RAYA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama ANDAINYA TAKDIR Raih 10 Juta Tontonan Sepanjang Bersiaran

Bengkel Penulisan Skrip TV & Filem Bersama Nizam Zakaria