in , ,

Sharifah Amani Kongsi Berita Gembira Sedang Berbadan Dua Hamil Anak Sulung

Hampir dua tahun mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Ahmed Faris, pelakon Sharifah Amani berkongsi berita gembira dirinya yang kini berbadan dua.

Bagaimanapun, Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 38, hanya meninggalkan kapsyen ringkas tanpa mendedahkan butiran lanjut termasuk usia kandungannya ketika ini.

“Syukur, Alhamdulillah,” kongsinya menerusi hantaran video dalam Instagram.

Pada masa sama, dia hanya berkongsi beberapa foto yang kelihatan kandungannya seakan-akan sudah menjangkau beberapa bulan.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat pelbagai reaksi gembira dan terharu sebaik dia mengumumkan berita gembira itu dengan keluarga serta rakan selebriti.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan memuji tindakan pelakon filem Sepet itu kerana bijak merahsiakan kehamilan dan hanya berkongsi pada waktu yang sesuai.

“Wah tahniah, daripada kecil tengok Amani berlakon, sekarang bakal jadi ibu, moga dipermudahkan segalanya. Pandai simpan rahsia, nampak macam sudah sarat,” komen netizen itu.

“Mesti comel bayi kalian nanti, baguslah umumkan selepas perut dah besar, kagum betul dengan Sharifah Amani. Dia tidak kalut dalam semua benda,” demikian komen seorang lagi netizen.

Amani dan Ahmed Faris, 40, mendirikan rumah tangga pada 10 September 2022.

Pasangan ini disatukan di sebuah lokasi di Kuala Lumpur secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga serta teman rapat. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bersemut Baca Ucapan Hari Lahir dari Aiman Hakim Buat Zahirah Macwilson

“Ruhainies, Mohon Maaf Atau Kami Saman,” – Aurebella Beauty