in

Ramadan Ini Jom Kita Raikan Kanak-kanak yang Memerlukan

Memori zaman kanak-kanak merupakan satu kenangan indah yang tidak boleh dijual beli. Bagi 60 orang kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim Sungai Kantan, Kajang ia merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila diberi peluang melihat pelbagai jenis haiwan di zoo haiwan jinak ‘Farm in the City’.

Sentuhan Kasih

Sentuhan Kasih untuk Kanak-Kanak yang Memerlukan

Dianjurkan oleh McDonald’s Malaysia dan Pesatuan Kebajikan Kanak-Kanak Ronald McDonald (RMHC), ‘Sentuhan Kasih’ merupakan salah satu usaha mendekati masyarakat yang melibatkan sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan McDonald’s Malaysia dan ahli-ahli RMHC. Dari menyuap kura-kura sehinggalah bermain dengan pelbagai jenis burung, program santai ‘Sentuhan Kasih’ memberikan pengalaman pertama untuk kanak-kanak ini melihat haiwan-haiwan eksotik.

“Kami sangat gembira dapat meluangkan masa bersama kanak-kanak ini dan menyaksikan keseronokan mereka. McDonald’s Malaysia percaya bahawa pelbagai program yang dijalankan oleh RMHC termasuklah program ‘Sentuhan Kasih’ mampu memberi impak positif kepada kanak-kanak yang memerlukan,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan / Rakan Operasi McDonald’s Malaysia dan Presiden RMHC Malaysia.

Sentuhan Kasih

RMHC dan McDonald’s Malaysia membantu kanak-kanak kurang bernasib baik dengan aktiviti santai, sebelum Ramadhan

Ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1990 sebagai sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan, RMHC merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang bertanggungjawab membantu kanak-kanak memerlukan menerusi empat program utama – Rumah Ronald McDonald, ‘Gift of Smile’, Bilik Sensori Ronald McDonald dan program Biasiswa RMHC.

“Sebagai restoran keluarga pilihan ramai, McDonald’s cukup berbangga dapat membantu program-program yang dijalankan oleh RMHC. Kami akan terus komited untuk menyokong organisasi ini selaras dengan usaha kami dalam menyumbang kepada komuniti di mana kami beroperasi ,” tambah Azmir.

Bersama-sama 30 sukarelawan McDonald’s Malaysia dan ahli-ahli RMHC, kanak-kanak ini turut dibawa membeli-belah untuk mendapatkan baju raya di AEON Equine Park dan seterusnya dijamu dengan makan tengahari di restoran McDonald’s berhampiran. Apa yang lebih menarik, Rumah Anak Yatim Sungai Kantan turut menerima sumbangan bernilai RM5,000.00 daripada RMHC Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana anda boleh turut menyumbang dan menjadi sukarelawan Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Ronald McDonald, layari www.rmhc-malaysia.my atau http://www.mcdonalds.com.my/.

Sentuhan Kasih

Sentuhan Kasih

Sentuhan Kasih

Latarbelakang RMHC Malaysia dan McDonald’s
Sebagai badan kebajikan pilihan, McDonald’s Malaysia menyokong RMHC Malaysia dengan membiayai kos pentadbiran seperti kemudahan pejabat dan peralatan. Oleh yang sedemikian, setiap sen yang diterima oleh RMHC akan disalurkan secara terus kepada kanak-kanak di Malaysia yang memerlukan bantuan. Walaupun McDonald’s Malaysia adalah penyumbang terbesar kepada RMHC, sokongan dari pelbagai organisasi tempatan, syarikat dan anggota sukarelawan amat penting untuk menjayakan program yang telah dirancang oleh RMHC.

Latar belakang McDonald’s
McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan lebih 35,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 35 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s menerima lebih daripada 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 260 cawangan di seluruh negara. McDonald’s menawarkan lebih daripada 12,000 peluang pekerjaan di semua rangkaian restorannya termasuklah latihan dan perkembangan karier. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aiman Hakim Hero Raysha Rizrose dalam Telemovie APA DAH JADI

Fattah Amin Bersedia Mencintai Fazura?