in ,

Aiman Hakim Hero Raysha Rizrose dalam Telemovie APA DAH JADI

Citra antara slot popular yang menawarkan tayangan telemovie terbaik di TV2. Mengisi ruang tontonan pukul 10.00 malam, setiap hari Selasa, slot ini sudah tidak asing lagi kepada penonton setia saluran RTM yang menantikan seleksi telemovie dengan plot kisah berbeza dan penuh konflik keluarga saban minggu.

Aiman Hakim Hero Raysha Rizrose dalam Telemovie APA DAH JADI Di TV2

Terbaharu pada 13 Jun depan, slot ini menyiarkan telemovie bertajuk “Apa Dah Jadi” yang menyaksikan lakonan mantap Aiman Hakim sebagai watak utama bergandingan dengan Raysha Rizrose selain turut dibantu Afique Hussain dan Theera Alias.

Sarat dengan pengajaran dan mendorong motivasi seseorang supaya tidak mudah mengalah dan sentiasa yakin dengan kebolehan diri, telemovie ini bukan sahaja mengetengahkan jalan cinta berbeza latar belakang watak Alana dan Mikali sebaliknya lebih daripada itu berkongsi kesanggupan seorang gadis berkorban demi keluarganya.

Kisahnya tertumpu pada watak Alana, gadis berwatak lincah bertugas sebagai penyambut tetamu di pejabat. Namun pada masa sama, dia turut melakukan kerja tambahan sebagai pembantu rumah separuh masa untuk membantu meringankan beban kewangan ibunya.

Takdir menemukannya dengan pemuda dikenali sebagai Mikail semasa bertugas sebagai pembantu sambilan di rumah Mikail. Mikail pemuda dari keluarga kaya membuatkan berfikir panjang untuk meneruskan persahabatan yang baru terbina antaranya dengan pemuda itu.

Sementara itu Mikail tidak begitu serasi dengan perangai teman wanitanya, Adira yang dianggapnya suka mengawal dirinya membuatkan hubungan mereka tidak sefahaman. Apabila Adira tahu Mikail menjalin hubungan dengan Alana, dia bertindak menyerang Alana sehingga mengakibatkan Alana di tolak dan jatuh ke dalam longkang.

Tingkah laku Adira itu juga tidak disenangi oleh ibu Mikail. Dia menganggap Adira yang berpelajaran tinggi dan cantik sepatutnya lebih tahu mengawal keadaan berdepan dengan situasi tersebut. Namun adakah dia sudi menerima Alana yang tidak setaraf dengan keluarga mereka sebagai menantu?

Telemovie APA DAH JADI

Telemovie APA DAH JADI

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Telemovie APA DAH JADI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Ifa Raziah Pengsan Prank Sambut Birthday Suami Tular di Sosial Media

Ramadan Ini Jom Kita Raikan Kanak-kanak yang Memerlukan