in

Selebriti Popular Bakal Meriahkan KaryaOne Wave Awards 2016

KaryaOne Wave Awards yang akan berlangsung pada 27 Mei 2016 bermula jam 8.00 malam merupakan kemuncak program KaryaOne 2016. Secara ringkasnya, ia adalah majlis penganugerahan karya pelajar-pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA).

32 kategori daripada 5 program pengajian FiTA (Animasi, Penulisan Kreatif, Filem, Pengurusan Industri Kreatif; dan Teater) akan bertanding merebut pelbagai gelaran.

Selebriti Popular Bakal Meriahkan KaryaOne Wave Awards 2016

[dropcap]P[/dropcap]ada majlis ini juga, Ratu Etnik Kreatif Malaysia, Noraniza Idris akan dianugerahkan Anugerah KaryaOne Legend di atas sumbangan beliau terhadap seni budaya, tarian dan irama tradisional di Malaysia. Beliau merupakan penerima pertama anugerah tersebut sejak penganjuran program KaryaOne oleh FiTA.

KARYAONE WAVE AWARDS 2016

Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan suasana dan saksikan sendiri persembahan istimewa daripada Mimi One Nation Emcee, Ushera, Sufian Suhaimi & Johan Eusoff. Tidak dilupakan, penampilan istimewa oleh Daniel Woodroof & Fluffy The Cat.

Mari sama-sama memeriahkan!
DATC, UiTM Shah Alam
27 Mei 2016
Bermula jam 8.00 malam

MASUK ADALAH PERCUMA DAN KUPON AKTIVITI DISEDIAKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG MENDIAMI KOLEJ-KOLEJ DI UITM SHAH ALAM.

Jangan lupa untuk gunakan Uber ya! Daftar di sini – https://get.uber.com/go dan gunakan kod promo ‘KaryaOne2016’ bernilai RM15 untuk ke DATC, UiTM Shah Alam dari mana-mana lokasi di Lembah Klang! Hanya sah daripada 24 – 27 Mei 2016.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Kenapa Anda Patut Singgah di Yana Restaurant, Bangkok

Polis Evo Menang Pingat Emas di Anugerah APPIES 2016