in ,

Polis Evo Menang Pingat Emas di Anugerah APPIES 2016

Tahniah Budiey ucapkan kepada filem Polis Evo terbitan Astro Shaw yang telah berjaya mencipta fenomenanya tersendiri pada tahun 2015. Filem ini bukan sahaja berjaya meraih kutipan tertinggi box office Malaysia sebanyak RM17.47juta, malah terbaru, Polis Evo telah diangkat sebagai pemenang anugerah Gold Award di Appies Malaysia Marketing Congress 2016 (Appies Malaysia) pada 20 Mei lalu.

Wakil dari unit pemasaran filem Polis Evo

Persidangan dan Anugerah Appies Malaysia 2016 yang berlangsung selama dua hari bermula 19 Mei 2016 sehingga 20 Mei 2016 telah dianjurkan oleh Institut Pengiklanan dan bertujuan untuk meraikan serta mempamerkan kempen pemasaran terbaik di Malaysia. Setelah tujuh tahun acara tahunan ini bertapak di Singapura, tahun ini julung-julung kalinya diadakan di Malaysia dan bertempat di Hotel Eastin, Petaling Jaya.

Sebanyak 18 anugerah telah diberikan yang terdiri daripada 10 anugerah emas, enam anugerah perak dan dua lagi adalah anugerah pembentangan terbaik. Pada hari tersebut, wakil pemasaran filem Astro Shaw, Mohd Faizal Fauzi telah membuat pembentangan mengenai kehebatan filem Polis Evo.

Antara yang bertanggung jawab dalam penglibatan Polis Evo ke Appies ialah Ketua Pemasaran Bahagian Melayu Astro, Jastina Arshad, Norsalvina Alwee, Mohd Faizal Fauzi, Zahirah Abdul Rahim, Mohd Azwan Abdullah, Muhammad Naqib Othman, Noorhirwan bin Ibrahim, Ira Fazir Che Ishak dan Sharad Sean Kumar.

Pemenang dinilai berdasarkan empat kriteria utama iaitu kejelasan objektif, strategi idea, pelaksanaan dan hasil kempen berkenaan. Trofi kemenangan itu disampaikan oleh Presiden Appies Malaysia, Harmandar Singh, diiringi Ketua Pegawai Pemasaran CIMB Group Holdings, Mohamed Adam Wee Abdullah.

wakil pemasaran filem Astro Shaw,  Mohd Faizal Fauzi membuat pembentangan  mengenai kehebatan  filem Polis  Evo.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selebriti Popular Bakal Meriahkan KaryaOne Wave Awards 2016

Ada 39 Resepi Menu Eat Clean Dari Selebriti Popular