in , ,

Sandra Dianne Kritikal Dalam ICU, Masih Tak Sedarkan Diri

Peserta program Big Stage 2020 iaitu Sandra Dianne yang terlibat dalam kemalangan pada Sabtu masih dalam keadaan krtikal dan tidak sedarkan diri.

Buat masa ini hanya ibu penyanyi itu sahaja dibenarkan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.

Katanya buat masa ini hanya ibu penyanyi itu sahaja dibenarkan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.

Sandra Dianne
Keadaan di bahagian hadapan kereta yang dipandu Sandra.

“Keadaan Sandra masih kritikal dan tidak sedarkan diri. Dia masih dirawat di ICU sejak semalam (Sabtu). Sehingga kini, kami belum dapat maklumat sepenuhnya daripada doktor.

“Sebab hanya ibu Sandra sahaja dibenarkan masuk ke bilik ICU. Pihak kami nak cakap lebih lanjut pun tak berani sebab takut salah beri info. Harap semua orang dapat doakan Sandra,” 

– Bella

Menerusi laporan mStar pada Sabtu, Sandra dikejarkan ke wad kecemasan di Hospital Putrajaya selepas terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke Putrajaya.

Difahamkan ketika itu Sandra yang ditemani sepupunya dalam perjalanan ke sesi latihan konsert mingguan Big Stage di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Dalam pada itu, Bella memberitahu sepupu Sandra yang turut terlibat dalam kemalangan itu mengalami kecederaan di tangan dan masih dirawat di hospital yang sama.

“Ketika insiden itu berlaku, Sandra bersama sepupunya nak ke sesi latihan konsert mingguan Big Stage. Sandra yang memandu kereta ditemani sepupunya.

“Sepupu Sandra hanya mengalami kecederaan di tangan dan masih dirawat di hospital yang sama,”

– Bella

Sandra antara salah seorang peserta yang akan membuat persembahan di pentas Big Stage 2020 minggu keempat yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.

Selain Sandra, peserta lain yang turut layak ke minggu seterusnya ialah Hafiz Zainal, Dinie Rashid, Yamani Abdillah, Qody Rani, Fadh Majid dan Nana Sheme.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Kamal berkata pihak produksi bersepakat untuk mengecualikan penyertaan Sandra untuk minggu ini.

Sumber: mStar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Hina Orang Asli, Siti Sarah Mohon Maaf Terlepas Kata

Gemar Berbual Soal Cinta, Aina Abdul Nak Menangis Cakap Dengan Misha Omar