in ,

Gemar Berbual Soal Cinta, Aina Abdul Nak Menangis Cakap Dengan Misha Omar

Mengagumi bakat dan personaliti figura kesayangan dari jauh, siapa sangka, perkenalan terjalin di laman sosial mencambahkan bibit persahabatan Aina Abdul bersama artis pujaannya, Misha Omar.

Bermula saling berbalas komen di Instagram (IG), Aina memberitahu, dia semakin selesa berkongsi perkembangan kerjaya termasuk soal hati dan perasaan bersama Misha. Malah, kata Aina, penyanyi Sampai Bila itu boleh dianggap sebagai pakar motivasi apabila sering memberikan kata semangat, sekali gus pendorong untuknya berjaya dalam bidang seni suara.

“Setiap kali bercakap mengenai Misha, saya rasa seperti mahu menangis. Saya sudah lama menjadikan Misha sebagai idola.

Mulanya, kami sekadar berbalas komen dalam IG. Bagaimanapun, persahabatan menjadi lebih rapat selepas bertukar nombor telefon.

“Saya terharu dengan cara Misha memberi sokongan. Saya tak ramai kawan artis dan kalau ada pun, jumlahnya boleh dikira dengan jari.

Misha, salah seorang daripadanya. Berbual di telefon memang berbeza berbincang dalam laman sosial.

“Selepas mengenali Misha dengan lebih rapat, saya semakin selesa dengannya,”

– Aina Abdul
Aina Abdul

Sebagai penyanyi berpengalaman, Aina berkata, Misha banyak menitipkan pesanan berguna untuknya terutama dalam soal kehidupan dan alam percintaan.

“Selain perkembangan kerjaya, Misha sering menasihatkan saya mengenai kehidupan termasuk soal hati dan perasaan.

“Secara kebetulan, kami suka berbual soal cinta, jadi dia selalu nasihatkan saya mencari pasangan dan mengetahui seseorang sesuai dijadikan calon suami.

“Misha sering mengingatkan jangan menganggap diri terbaik kerana akan sentiasa ada orang yang lebih baik. Kami suka ‘cover’ lagu yang pernah dipopularkan orang lain. Misha turut berpesan jangan terkesan dengan sikap mereka yang suka membuat perbandingan.

“Terima kritikan dilemparkan dengan berlapang dada kerana apa yang lebih penting, kita terus menyokong rakan seperjuangan lain kerana industri hiburan tidak sebesar mana.

“Pesannya lagi, jika ada rasa kecewa, simpan dan tidak perlu dipamerkan kepada sesiapa,” katanya.

– Aina Abdul
Aina Abdul

Ditanya apakah mereka mempunyai perancangan berkolaborasi, penyanyi yang mula meniti populariti menerusi lagu Sumpah itu berkata, dia sudah mencipta sebuah lagu untuk pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33 itu.

“Saya memang ada lagu untuk Misha. Alhamdulillah, dia suka dan sudah pun menyanyikannya.

Cuma, buat masa ini, dia perlu menumpukan perhatian kepada single terbaru berjudul Tanpa Rela yang bakal diperdengarkan, tidak lama lagi.

“Ketika saya menciptakan lagu, ia bukan untuk penyanyi legenda sepertinya.

Memandangkan, Misha mahukan lagu ini dilancarkan tahun depan, saya masih mempunyai masa untuk memperbaikinya terutama bahagian ‘bridge’ yang memerlukan penambahbaikan.

“Sekarang, hanya menunggu masa sesuai untuk duduk berbincang mengenainya,” katanya yang tampil dengan dua single, Maybe dan Kelip2 secara serentak, baru-baru ini.

– Aina Abdul
Sumber: BH Online
Aina Abdul

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sandra Dianne | 17

Sandra Dianne Kritikal Dalam ICU, Masih Tak Sedarkan Diri

Mira Filzah Nikah | 18

Sekitar Majlis Resepsi Kedua Mira Filzah & Wan Emir Bertemakan dalam Taman