in , ,

Isu Hina Orang Asli, Siti Sarah Mohon Maaf Terlepas Kata

Penyanyi popular, Siti Sarah memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya masyarakat Orang Asli yang terkesan dengan kenyataannya dalam sebuah video yang tular baru-baru ini.

Siti Sarah berkata, perkara tersebut tidak disengajakan dan tidak terlintas dihatinya untuk menghina apatah lagi menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

“Saya dengan rendah hati menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia terutamanya kepada masyarakat Orang Asli.

“Saya amat berharap permohonan maaf saya ini diterima kerana ianya bukanlah sesuatu yang disengajakan.
 
“Tidak pernah terlintas langsung dihati saya untuk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, malah menghormati seluruh masyarakat di Malaysia.

“Lebih dua dekad berada dalam industri seni tanah air, saya sangat mementingkan etika dalam setiap perkara yang saya lakukan termasuklah setiap posting yang ingin dimuat naik di media sosial. Saya percaya segala perbuatan akan menjadi perhatian masyarakat,” katanya.

– Siti Sarah
Isu Hina Orang Asli, Siti Sarah Mohon Maaf Terlepas Kata

Sarah berkata, dia juga telah menerima permohonan maaf daripada Pengarah Syarikat House of Ridz Okumura Sdn Bhd, Ridzo Kimura yang memuat naik video tersebut sehingga menjadi tular.

“Sebagai manusia kita semua tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Justeru saya menerima permohonan maaf yang dibuat Pengarah Syarikat House of Ridz Okumura Sdn Bhd, Ridzo Okumura yang memuat naik video perbualan kami tanpa mendapat keizinan saya terlebih dahulu sehingga menjadi tular,” ujarnya.

– Siti Sarah

Dalam pada itu Sarah turut mengakui insiden tersebut menjejaskan reputasinya sebagai selebriti dan usahawan, dan memohon agar perkara tersebut tidak diperbesarkan lagi.

“Sememangnya insiden yang tercetus, sedikit sebanyak menjejaskan reputasi saya sebagai selebriti dan usahawan.

“Saya mohon isu ini tidak akan diperbesarkan lagi dan kenyataan ini akan menjadi yang pertama dan terakhir dari saya,” katanya.

– Siti Sarah

Sehubungan itu, Sarah tidak akan lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai isu terbabit dan cadangan untuk mengadakan sidang media esok juga dibatalkan.

Isu Hina Orang Asli, Siti Sarah Mohon Maaf Terlepas Kata

Terdahulu, Siti Sarah menjadi mangsa kecaman warganet di media sosial apabila tular sebuah video mendakwa dia menghina masyarakat Orang Asli.

Video itu menjadi tumpuan warga maya selepas ia dimuat naik oleh seorang individu menerusi akaun Uncle Barry @fuzirbarry dalam satu hantaran di Twitter.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nabila Razali Eh | 17

Muzik Video PELUANG KEDUA Cecah 10 Juta Tontonan dalam Masa Dua Minggu

Sandra Dianne | 18

Sandra Dianne Kritikal Dalam ICU, Masih Tak Sedarkan Diri