in ,

Saharul Ridzwan Selamat Nikah Kini Bergelar Suami Qaabila Deena

Pelakon Hati Perempuan, Saharul Ridzwan selamat bergelar suami dengan sekali lafaz kepada wanita pilihannya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28, kira-kira pukul 9 pagi Jumaat.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Mohamed Akir Emir Bin Ahmad Teruki dalam sebuah majlis pernikahan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.

Saharul Ridzwan Nikah

Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 27, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Qaabila Deena Emir.

Majlis tersebut diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat kedua-dua belah pihak sahaja tanpa pihak media.

Saharul turut menghadiahkan lima dulang hantaran kepada pengantin perempuan dan dibalas dengan tujuh dulang, manakala wang hantaran dirahsiakan.

Dalam pada itu, Saharul turut meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahannya berjalan lancar.

“Alhamdulillah, hari ini bermulalah satu fasa baru dalam hidup saya, dan saya sendiri tidak sabar untuk memikul tanggungjawab idan amanah ni dengan sebaik-baiknya” ujarnya.

Majlis resepsi akan diadakan di Dewan Sri Siantan Putrajaya pada petang Jumaat (petang ini) di Dewan Sri Siantan, Putrajaya.

Manakala, majlis bersama peminat akan diadakan pada Ahad di Shah Alam.

Sumber: Mstar Online

Saharul Ridzwan Nikah

Saharul Ridzwan Nikah

Saharul Ridzwan Nikah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Merchandise Filem THE MAGNIFICENT SEVEN

Bintang AF2 Fitri Zainal Nikah Dengan Nurul Azman