in , , ,

realme GT3 240W 16GB + 1TB Dijual Pada Harga Bawah RM3000 Mulai Hari Ini

realme GT3 240W adalah telefon pintar premium realme yang dilancarkan ketika acara MWC Barcelona sembilan bulan yang lalu.

Berita yang terkini, telefon pintar ini akan dijual di Malaysia pada hari ini 20 Disember ini dan akan menjadi telefon pertama yang boleh dibeli menyokong pengecasan pantas 240W. Ia boleh mengecas peranti dari 0% ke 100% kurang 10 minit.

Peranti ini hadir dengan skrin 6.74″ OLED 1.5K, menyokong segar semula 144Hz, dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1, kamera 50MP + 8MP + 2MP mikroskop dan kamera swafoto 16MP. 

realme GT3 240W 16GB + 1TB Dijual Pada Harga Bawah RM3000

realme Malaysia hari ini telah mengesahkan yang varian yang akan dijual di Malaysia adalah 16GB RAM dan 1TB storan dalaman. Harga jualannya pula adalah bawah RM3,000.

Pada hari ini, tanggal 20 Disember harga sebenar realme GT3 240W akan diumumkan dalam satu acara pelancaran.

Adakah peranti ini berbaloi untuk dimiliki dengan peranti pesaing di pasaran sudah boleh dibeli pada harga jauh lebih murah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jam Tangan Pintar Amazfit Active Edge Ada Mod Sukan Papan Selaju! 

‘Maaf, Saya Hanya Mampu Bantu Setakat Itu,’ – Aznil Nawawi