in , , ,

Ratu Rock Ella & Papa Rock Ramli Sarip Bergabung dalam Konsert KEMBARA KITA

TERUJA bakal berkongsi pentas dengan penyanyi legenda rock, Datuk Ramli Sarip, ratu rock Malaysia, Ella Aminuddin mengakui berasa takut dan gementar berikutan itu adalah gandingan pertama kali mereka di pentas.

Konsert yang diberi nama Kembara Kita itu akan berlangsung pada 14 dan 15 Februari depan di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Bermula dengan kembara muzik rock yang berbeza arah tuju dan haluan, akhirnya takdir menemukan lagenda rock tanah air, Datuk Ramli Sarip dengan Ella Aminuddin di persimpangan yang sama. Pada mulanya, Datuk Ramli Sarip diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai produser untuk album Ella setelah Ella mengambil keputusan bergerak secara solo selepas kejayaan bersama Ella & The Boys termasuklah penglibatan mereka dalam Battle of the Bands.

Ramli Ella

Kemudian, muncullah kolaborasi di antara Datuk Ramli Sarip dan Ella sebagai produser-penyanyi menerusi tiga album iaitu Pengemis Cinta (1989), Puteri Kota (awal 1990) dan Identiti (akhir 1990).

Pengemis Cinta menampilkan lagu hits seperti Pengemis Cinta dan Permata Biru, Puteri Kota (Tiada Tangis Lagi, Kembara Kita dan Puteri Kota), manakala Identiti pula (Kasih, Sepi Sekuntum Mawar Merah dan Cinta Selembut Sutera).

Sepertimana kapsul waktu, setiap kembara ada tempoh matangnya. Kini, ia sudah sampai waktunya untuk kedua-dua lagenda ini bergabung dan beraksi buat julung kalinya di atas pentas yang sama dalam konsert KEMBARA KITA.

KEMBARA KITA bukan sahaja menampilkan perjalanan muzik mereka, malah sebahagian daripada ‘soul’ dan kedewasaan mereka sebagai sumbangan terhadap industri muzik ini.

KEMBARA KITA bukanlah sekadar konsert biasa. Luar biasanya ia bakal menampilkan perjalanan muzik mereka secara peribadi, pengalaman yang dikutip selama ini, momen-momen magis yang pernah tercetus sebelum ini serta kembara mereka bersama yang sudah dilupai bahkan tak pernah diperkatakan sebelum ini.

Ia juga turut diiringi barisan pemuzik berpengalaman yang bakal mengiringi persembahan masing-masing dalam konsert selama dua jam setengah ini akan menampilkan ‘repertoire’ yang tidak pernah disaksikan di mana-mana persembahan sebelum ini.

Daripada segemen solo kepada segmen duet, Datuk Ramli Sarip dan Ella akan melakukan ‘kejutan’ tidak dijangka yang akan meninggalkan kepuasan buat peminat serta pengikut tegar mereka yang datang menyaksikan konsert KEMBARA KITA.

HARGA TIKET

RM510/RM460/RM360/RM310/RM260/RM210/RM160/RM110

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila layari

www.ilassotickets.com

atau

Hotline
+603 2170 6333

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Stay Cool & Hip with the Huawei X Gentle Monster Smart Eyewear

Zizan Razak Positif Influenza A Dimasukkan Ke Hospital