in , ,

Trending! Rating Meriah Lebih 5.6 Juta Tonton Anugerah Skrin 2016

Pada Ahad lalu telah berlangsungnya Anugerah Skrin 2016 disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya.

Sepanjang siaran secara langsung bermula jam 9.00 – 12 tengah malam itu, ASK 2016 telah meraih 5.6 juta tontonan hasil kajian Nielsen Audience Measurement. Acara penuh prestij ini telah mengangkat drama Fatin dan Filem Redha sebagai karya terbaik tahun 2016 ini.

Filem Terbaik-Redha(Current Pictures sdn Bhd

5.6 Juta Tonton ASK 2016! Drama Fatin dan Filem Redha diangkat Karya Terbaik

ASK 2016 mempertaruhkan 32 kategori yang merangkumi 13 kategori drama, 7 kategori filem, 6 kategori penerbitan dalaman dan 6 teknikal dengan penambahan kategori iaitu Kategori Pelakon Komedi Terbaik. Manakala bagi kategori Drama Komedi Terbaik pada tahun ini turut dibuka penyertaan kepada telefilem komedi.yang sebelum ini hanya mempertandingkan drama bersiri komedi.

Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama & Rancangan TV3 & TV9,

“Alhamdulillah, ASK 2016 telah berlangsung dengan jayanya dan dengan jumlah tontonan yang tinggi iaitu 5.6 juta membuktikan ASK 2016 sememangnya acara anugerah yang dinanti ramai. Setinggi ucapan tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan juga calon-calon ASK 2016. Ribuan terima kasih juga daripada pihak kami kepada semua yang telah memberi sokongan dengan usaha kami untuk mengiktiraf hasil kerja karyawan tempatan yang sudah bertungkus lumus memberikan sebuah produk tidak kira program, drama atau filem yang bermutu dan terbaik untuk penonton.”

Anugerah Skrin 2016 (ASK 2016) menampilkan Alif Satar sebagai pengacara utama bergandingan dengan 8 pengacara bersama iaitu Ammar, Mira Filzah, Issey, Ajak Shiro, Haiza Kool FM, Sarimah Ibrahim, Azrel Ismail dan Puteri Aishah. Kemeriahan karpet merah turut disiarkan secara langsung menerusi Pop TV pada pukul 8.30 malam yang dikendalikan oleh Nana Mahazan dan Hefny Sahad. Portal video, tonton dan youtube TV3Malaysia Official turut menyiarkan ASK 2016 secara langsung (live streaming).

Trofi ASK 2016 telah disampaikan oleh barisan penyampai anugerah seperti Datuk Rosyam Nor & Erra Fazira, Sherry Al-Hadad & Fattah Amin, Izara Aisyah, Zul Ariffin & Farid Kamil, Janna Nick & Raja Afiq, Shaheizy Sam & Elizad Sharifuddin, Siti Saleha & Shukri Yahya, Tabah Syazwan & Jasmine Suraya Chin, Hazreena & Muaz (RTM), Neelofa & Zizan Razak dan Zahiril Adzim & Nora Danish.

ASK 2016 telah ditaja oleh Nescafe, Dominos dan CJ Wow Shop serta turut menampilkan tonton, Hot FM, Kool FM, Harian Metro, ZIP (Majalah Digital) selaku rakan media ASK 2016. Kru penerbitan Anugerah Skrin 2016 diketuai oleh, Pengurus Penerbitan Hiburan, Muhamad Sufian Che Isa dan Khalijah Mohamed selaku Penerbit Eksekutif dan Sharizan Razalli sebagai penerbit dari Primeworks Studios. Layari laman web www.tv3.com.my dan www.anugerahskrin.com serta Facebook, Twitter & Instagram TV3Malaysia untuk mendapatkan informasi mengenai ASK 2016.

Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Skrin 2016:-

KATEGORIPEMENANG
1) Filem TerbaikRedha – Current Pictures Sdn. Bhd
2) Drama TerbaikFatin – Balang Rimbun Sdn Bhd
3) Pengarah Terbaik (Filem)Syamsul Yusof – Munafik
4) Pengarah Terbaik (Drama)Razaisyam Rashid – Fatin
5) Drama Rantaian TerbaikWadi (Luqsar Kreatif Sdn Bhd)
6) Drama Komedi TerbaikMak Cun 2 (Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd)
7) Drama Rantaian Popular Media SosialKau Aku Kita – (JS Pictures Sdn Bhd)
8) Pelakon Wanita Terbaik (Filem)Maya Karin – (Nota)
9) Pelakon Lelaki Terbaik (Filem)Namron   – (Redha)
10) Pelakon Wanita Terbaik (Drama)Tiz Zaqyah (Cermin Kasih)
11) Pelakon Lelaki Terbaik (Drama)Beto Kusyairy (Ramadan Berteduh Syawal)
12) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

(Drama)

Fazlina Ahmad Daud (Cermin Kasih)
13) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

(Drama)

Jalil Hamid (Calon Syurga)
14) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

(Filem)

Fauziah Ahmad Daud (Langit Cinta)
15) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

(Filem)

Hushairi Bin Husain (Polis Evo)
16) Pelakon Komedi TerbaikErma Fatima (Mak Cun 2)
17) Lakon Layar TerbaikWan Hasliza (Love Supermoon)
18) Lakon Tv (Skrip) TerbaikSiti Jasmina Ibrahim (Rekah)
19) Penyunting Terbaik DramaIzhar Masuri (Rekah)
20) Videografi Terbaik (Drama)Idham Mad Din (Fatin)
21) Rancangan Dokumentari/Majalah

Terbaik

Majalah 3 (Wira Beret Semerah Hati)
22) Rancangan Hiburan TerbaikBuskestra
23) Rancangan Bual Bicara TerbaikHalaqah 2016 (Terlepasnya Ikatan Dajjal)
24) Laporan Khas Berita TerbaikBerita TV9 (Pertemuan Semula Highland Towers)
25) Rancangan Realiti TerbaikLet’s Cycle 2
26) Rancangan Anugerah TerbaikAnugerah Juara Lagu 30
27) Montaj TerbaikAriff Suzaidy Azmi (Anugerah Juara Lagu 30)
28) Rekabentuk Set TerbaikSiti Nur binti Mat Arip (Kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2016)
29) Penataan Cahaya TerbaikMohd Razi Ramli (Anugerah Juara Lagu)
30) Penataan Bunyi TerbaikMohd Zaidi Mohd Taib (Anugerah Juara Lagu 30)
31) Suntingan TerbaikAhmad Faizal Mohamad Said – Syahadah (The Rise of Islam)
32) Videografi Terbaik

 

Ezzah Aziz Fawzy (Sounds of Muslims (Komotini Greece)
Drama Komedi Terbaik & Pelakon Komedi Terbaik-Erma Fatima (Mak Cun 2)
Drama Rantaian Popular Media Sosial - Kau Aku Kita
Drama Rantaian Terbaik-Wadi
Drama Terbaik - Fatin
Lakon Layar Terbaik-Wan Hasliza (Love Supermoon)
Lakon TV Terbaik-Khir Rahman (Siti Jasmina-Rekah)
Laporan Khas Berita Terbaik-Berita TV9(Pertemuan Semula Highland Tower)
Pelakon Lelaki Terbaik Drama-Beto Kusyairi
Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Namron
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama-Jalil Hamid(Calon Syurga)_1
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama-Fazlina Ahmad Daud
Pelakon Wanita Terbaik Drama-Tiz Zaqyah
Pelakon Wanita Terbaik Filem-Maya karin
Pengarah Terbaik Drama-Razaisham Rashid(fatin)
Pengarah Terbaik Filem-Syamsul Yusof(Munafik)
Penyunting Terbaik Drama -Izhar Masuri (Rekah)
Rancangan Anugerah Terbaik-Anugerah Juara Lagu
Rancangan Bual Bicara Terbaik-Halaqah TV9
Rancangan hiburan Terbaik Norhidayah Sohan(Buskestra)
Rancangan Realiti Terbaik-See Chee How(Let's Cycle Musim 2)
Videografi Terbaik Drama-Idham Mad Din (Fatin)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiket Advance Filem ROGUE ONE: A STAR WARS STORY Dijual

Amy Search Sempoi Record Muzik Video Guna Phone Ajer