in

Sekitar Sambutan Meriah World #Quranhour di TV3

World #QuranHour telah dilancarkan pada 9 Zulhijjah1437 di Arafah, Arab Saudi dan disertai oleh seluruh dunia termasuk Malaysia. Kempen ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan berlangsung selama satu jam mengikut waktu tempatan masing-masing.

TV3 menyokong kempen World #QuranHour ini pada hari Ahad lepas dengan julung kalinya mengadakan program World #QuranHour Live @ TV3 di mana alunan ayat-ayat suci Al-Quran telah diperdengarkan oleh personaliti-personaliti tanah air secara langsung di Sri Pentas 2, Shah Alam.

World #QuranHour Achey BMB

Sekitar Sambutan Meriah World #Quranhour Di Tv3

Program ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan apabila ramai yang hadir seawal jam 8 pagi dengan membawa Al-Quran sendiri bagi mengikuti dan menghayati bacaan yang dialunkan.

Program yang berlangsung selama satu jam ini dikemudi oleh Ally Iskandar Mohd Mardzi, personaliti TV Media Prima Berhad. Antara personaliti yang dijemput untuk membaca Al-Quran secara langsung adalah Uyaina Arshad hos Nona, Haji Zainal Ariffin Ismail, Azizulhasni Awang, juara Da’i musim ketiga, Da’i Hamidah, Achey juara rancangan Bintang Mencari Bintang, Dr Harlina dan Datuk Rosyam Nor. Artis terkenal seperti Ummi Nazeera juga turut serta dan bacaannya digandingkan bersama adik Fatimah yang baru berusia 4 tahun tetapi telah menghafal beberapa jus Al-Quran dan dapat menyampaikanya dengan lancar.




[pullquote align=”right”]Finalis Qari Jr 5 iaitu adik Haikal yang cacat penglihatan sejak daripada kecil juga mempersembahkan bacaan yang hebat pada hari itu.[/pullquote]

[dropcap]B[/dropcap] ukan itu sahaja, sambutan kempen ini juga mendapat penyertaan secara langsung melalui Facebook Live dari rakyat Malaysia. Malah, rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara dan pelajar-pelajar Malaysia di Perth, Australia juga turut serta.

Selepas setiap bacaan potongan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca oleh para tetamu, Ustaz Zarifi pegawai khas kepada Ketua Pengarah JAKIM dan Ustaz Rozie Rejab yang sering diundang sebagai penceramah untuk program televisyen termasuk Al-Kulliyyah akan memberikan latar belakang surah beserta penerangan ayat bacaan tetamu-tetamu tersebut.

Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, “World #QuranHour bertujuan untuk menyatukan ummah untuk berinteraksi dengan Al-Quran pada hari tersebut. Inisiatif ini juga menggalakkan umat Islam menjadikannya sebagai budaya harian dengan membaca, memahami dan mengamal Al Quran, ianya adalah suatu amalan yang harus dipraktikkan oleh umat Islam”

Sebelum kempen ini bermula, rancangan dari TV9, Tanyalah Ustaz juga ditayangkan di TV3 pada jam 8.00 pagi dengan membawakan tajuk #QuranHour dan dikemudi oleh Ustaz Mohd Asraff Ayob.

Kempen #QuranHour juga rancak di laman sosial Facebook World Quran Hour. Orang ramai menyertai kempen ini dengan berkongsi dan muat naik video membaca potongan ayat Al Quran dengan menggunakan hashtag #QuranHour dan menggunakan #quranhourliveread. Video-video itu ditayangkan menerusi program World #Quranhour Live @ TV3.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Dia Rakaman Muzik Video HATTA HIM 2016

Perlawanan Amal Hari Malaysia Antara Pasukan Harimau Malaysia & Dugong All Stars