in

Ini Dia Rakaman Muzik Video HATTA HIM 2016

Pada 31 Ogos, 2016 baru baru ini telah berlangsungnya pra-tugasan pertama peserta pusingan TOP 30 Hatta Him yang di kendalikan di Kolaborasi Event Space, Bangi. Pra tugasan pertama peserta TOP 30 kali ini adalah untuk rakaman muzik video yang buat julung julung kalinya di adakan di dalam pertandingan realiti Hatta Him.

HATTA HIM 2016

Kerjasama antara Hatta Dolmat dan Iz yang juga merupakan seorang penyanyi dan composer telah membuahkan satu gubahan lagu bertempo rancak dan sesuai diadunkan bersama konsep program reality Hatta Him 2016.

Lagu yang di beri judul sebagai ‘Shoes..Shoes..Shoes’ ini telah dirakamkan muzik video bersama kesemua peserta TOP 30 Hatta Him 2016 dan Hatta Dolmat sendiri. Tugasan ini dinilai dan diambil markah dari sudut kerjasama para peserta, fleksibiliti di dalam menjalankan tugasan yang diberikan dan para juri yang hadir juga menilai dari sudut kawalan emosi/tekanan ketika sesebuah penggambaran itu dilangsungkan.




Menurut hatta Dolmat, tugasan ini dilaporkan di saat saat akhir untuk melihat kesungguhan para peserta dan bagaimana mereka cuba untuk memberikan komitmen yang terbaik untuk menyertai program reality Hatta Him 2016. Antara barisan juri yang turut meluangkan masa untuk menilai dari segi pemarkahan sendiri ialah Andre Amir dan Hatta Dolmat sendiri.

Keputusan bagi siapa yang bakal menyertai Hatta Him 2016 tahun ini bakal diumumkan ketika Majlis Sidang Media ‘Celebrating 30s’ di Menara Tun Ismail Mohamed Ali pada 5 September ini jam 8pm.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ujibakat Pencarian Wajah Baru HATTA HIM 2016

Sekitar Sambutan Meriah World #Quranhour di TV3