in

Senarai Peserta Pentas Qari Jr 2017

Al-Quran adalah kalam Allah SWT yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Rasulullah SAW. Setiap mukmin mempunyai kewajiban untuk mempelajari dan mengamalkannya kerana Al-Quran merupakan panduan hidup.

Allah memberi ganjaran kepada sesiapa yang membacanya Qari Jr. 2017 ingin memberi inspirasi kepada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan semangat buat adik-adik di luar sana untuk mula menghayati ayat-ayat suci Al-Quran ketika usia masih muda. Sesungguhnya dengan membaca Al-Quran banyak manfaat yang dapat diperolehi dalam membentuk peribadi mulia.

Poster QJ 2017 - Copy

10 Pewaris Generasi Al-Quran Bakal Berentap di Pentas Qari Jr 2017

Program Qari Jr. 2017 kali ini mencari seorang qari muda yang bukan sahaja mempunyai asas kukuh dalam Al-Quran tetapi turut mampu untuk bertarannum secara murattal dan mujawwad dengan gaya musabaqqah. Mereka juga akan diuji dengan ilmu tajwid secara spontan.

hoS- Fakhrul Radhi & Hazwani Helmi

Hos Qari Jr. 2017
Qari Jr. 2017 dihoskan oleh Fakhrul Radhi, beliau pernah dinobatkan sebagai juara Akademi Al-Quran musim ke-3 dan berpengalaman luas sebagai Qari. Tahun ini, Fakhrul Radhi tidak berseorangan, beliau akan ditemani oleh Hazwani Helmi sebagai pengacara bersama. Gabungan mereka diharapkan dapat memantapkan lagi pentas Qari Jr. 2017 dan membantu adik-adik Qari Jr di atas mahupun di belakang pentas.

Kumpulan Abu Musa al-asyari

Kumpulan Abdullah Ibnu Mas’ud & Abu Musa Al-Asyari
10 orang peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Abdulllah Ibnu Mas’ud dan Abu Musa Al-Asyari. Kedua tokoh ini merupakan sahabat Rasulullah S.A.W. Mengapa Qari Jr. 2017 memilih nama sahabat Rasulullah S.A.W adalah kerana kedua-dua sahabat ini mempunyai suara lunak ketika mengalunkan ayat Al-Quran. Abdulllah Ibnu Mas’ud merupakan orang keenam yang memeluk Islam dan sahabat yang paling rapat dengan Rasulullah. Abdullah Ibnu Mas’ud juga terkenal kerana kehebatan membaca dan menghafaz Al-Quran. Ahli kumpulan bagi kumpulan Abdullah Ibnu Mas’ud ialah Qari Farid, Qari Hadif, Qari Harith, Qari Jiha, dan Qari Nafis

Manakala Abu Musa Al-Asyari pula seorang ilmuwan yang disegani, mempunyai peribadi yang luhur dan seorang pejuang agama di medan perang. Ahli bagi kumpulan Abu Musa Al-Asyari pula ialah Qari Affan, Qari Eka, Qari Ikhwan, Qari Fawwaz, dan Qari Haikal. Pemilihan dua tokoh sahabat yang disayangi ini diharapkan dapat memberi inspirasi buat para peserta untuk membaca Al-Quran penuh penghayatan dan menyentuh hati para penonton dengan bacaan indah mereka..

Tema Berbeza Setiap Episod
Tema adalah berbeza pada setiap minggu dan antara yang menjadi pilihan sepanjang Qari Jr. 2017 bersiaran adalah Ilmu, Ibu Bapa, Akhlak, Sedekah, Alam Ciptaan Allah, Neraka, Syurga. Setiap episod, peserta dikehendaki untuk memilih surah yang perlu dibacakan menerusi pilihan sampul berwarna yang disediakan. Peserta akan diuji untuk membaca ayat-ayat Al-Quran seperti surah Al-Mujadilah, Al-Isra’, An-Nisa, Luqman, Ali-Imran, Abasa dan banyak lagi. Terdapat kelainan pada episod 4 apabila peserta mengaji secara berpasangan.

Kumpulan Abdullah ibnu mas'ud

Pemarkahan Peserta
Setiap peserta akan dinilai oleh Guru Besar merangkap juri tetap iaitu Ustaz Tirmizi Ali dan juri jemputan berdasarkan Tajwid (40%), Taranum suara (40%), kefahaman tajwid & persembahan (20%). Qari Jr. 2017 dicerdaskan oleh Almas Beauty & Health. Qari Jr. turut diimarahkan dengan sokongan rakan ukhwah iaitu Majalah Asuh selaku majalah rasmi dan Kool FM. Episod pertama telah pun bersiaran pada 21 Mei lalu. Untuk mengetahui siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara, jangan lupa saksikan Qari Jr. 2017 setiap Ahad, jam 10.00 malam hanya di TV3.

Untuk maklumat lanjut layari laman sosial Facebook (www.facebook.com/QariJuniorTV3), Twitter & Instagram (@qarijuniortv3) serta @TV3Malaysia.

Nafis

Jiha

Ikhwan

Harith

Haikal

Hadif

Fawwaz

Farid

Eka

Affan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Karnival Wow di Bukit Jalil Jadi Meriah

Jom Nikmati Buffet Ramadan Citarasa Kampung di 9KEDONDONG