in , ,

Primeworks Studios & WeTV Mempersembahkan 2 Drama Terbaik Pada Bulan Ramadan

Penjara Janji dan Kisah Cinta Rumi akan ditayang secara eksklusif di WeTV selepas 1 jam tayangan di TV3

Berita baik bagi peminat drama di Malaysia dan Indonesia, penerima anugerah bagi penerbit dan pengedar kandungan tempatan terbesar di Malaysia iaitu Primeworks Studios dan OTT (Over-The-Top) terkenal, WeTV telah menandatangani perjanjian yang bakal melihat dua drama Melayu terkenal di TV3 menerusi aplikasi penstriman video terkenal tersebut. Kedua-dua drama ini boleh mula ditonton secara eksklusif di dalam WeTV dan secara percuma selepas 1 jam tayangan di TV3. 

Penjara Janji adalah salah satu drama yang membuka tirai Ramadan di WeTV. Drama yang mengisahkan tentang penyesalan dan kemaafan ini telah ditayangkan sejak 12 April dan berakhir pada 5 Mei 2021. Slot Samarinda Ramadan yang disiarkan di TV3 pada pukul 10 malam ini turut disiarkan secara percuma satu jam kemudian iaitu pada pukul 11 malam secara eksklusif dan percuma di WeTV.

Jangan lupa untuk menyediakan tisu atau sapu tangan! Drama lakonan Alif Satar, Fauzi Nawawi, Azira Shafinaz dan Zulin Aziz pastinya menyentuh hati dan perasaan kita semua.

15 episod drama ini mengisahkan tentang Rizan yang bekerja sebagai warden penjara yang mencuba sedaya-upaya untuk melunaskan permintaan terakhir seorang “banduan akhir” di penjara tersebut. 

Sementara itu, slot Lestary Ramadan pula akan dihiasi dengan Kisah Cinta Rumi. Drama bersiri 13 episod ini mengisahkan tentang kisah cinta di antara pasangan yang mempunyai 2 status sosial yang berbeza. Drama ini akan mula disiarkan pada 24 April hingga 14 Mei 2021 jam 9 malam di TV3 dan akan tayangan eksklusif dan percuma pada jam 10 malam di WeTV.

Berikut adalah perincian kedua-dua drama tersebut:

Slot Samarinda Ramadan –  Penjara Janji (15 episod)

12 April hingga 5 Mei 2021

Pelakon:

1. Alif Satar

2. Fauzi Nawawi

3. Azira Shafinaz

4.   Zulin Aziz

Sinopsis:

Rizan (Alif Satar) yang merupakan seorang warden penjara cuba melunaskan permintaan terakhir seorang banduan akhir di penjaranya iaitu Zulkifly (Fauzi Nawawi). Hal ini telah menyebabkan timbulnya satu konflik dengan tunangnya Rozita kerana  Rizan terlampau taksub dengan Zulkifli sehingga mengabaikan Rozita. 

Slot Lestary Ramadan: Kisah Cinta Rumi (13 episod)

24 April hingga 14 Mei 2021

Pelakon:

1. Riena Diana

2. Khai Bahar

Sinopsis:

Sejak kecil, Mika diajar oleh ayahnya, Mahmud untuk mencari mata pendapatan dengan apa jua cara pun. Mika terjebak dengan kegiatan haram demi hasil pencarian hidup keluarganya. Membesar di Chow Kit, Mika sering menghabiskan masa di jalanan dan berkawan dengan budak-budak nakal. Runisa, seorang gadis yang baru berumur 23 tahun tidak bersetuju dengan ibu dan kakaknya yang sangat mementingkan status. Satu pertemuan yang tidak dirancang antara Mika dan Runisa telah membibitkan rasa cinta antara mereka berdua. Puan Haniza, ibu Runisa berikhtiar untuk memisahkan pasangan muda ini.  
Jangan lupa menonton dua drama menarik ini di TV3 dan di WeTV selepas satu jam tayangan. Penonton juga boleh langgani WeTV untuk mengikuti drama-drama dan filem-filem menarik secara strim di laman web WeTV, wetv.vip atau di aplikasinya yang boleh didapati di App Store atau Google Play Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Elyana Kembali Berlakon Dalam MISI DANIA CUN 2 di TV1

Jarang Berkongsi Foto di Media Sosial, Che Ta Nafi Kononnya Di Ambang Perceraian