in , , ,

Jarang Berkongsi Foto di Media Sosial, Che Ta Nafi Kononnya Di Ambang Perceraian

Entah bagaimana boleh timbul spekulasi, pelakon Rozita Che Wan menafikan hubungan dia dan suaminya Zain Saidin kini di ambang perceraian.

Menurut laporan Kosmo! Online, Rozita Che Wan yang mesra dipanggil Che Ta menegaskan tiada sebab hubungan rumah tangga mereka bermasalah hanya kerana jarang berkongsi foto di media sosial.

“Masya-Allah mana ada. Pasal apa nak bercerai, orang tu nak Zain ke? Baru semalam (kelmarin) kami sembahyang tarawih anak-beranak.
“Zain memang jarang nak ambil gambar pun. Dia bukan macam saya. Tengok sendiri akaun Instagram dia memang bukan jenis rajin upload gambar pun,” ujarnya.

Pelakon berusia 48 tahun itu berkata, sudah menjadi lumrah sebagai suami isteri ada pasang surutnya tetapi hubungan dia dengan Zain dalam keadaan baik sahaja.

“Saya pun pelik keluar cerita macam ini. Kami tak bergaduh pun. Kami dah faham pera­ngai masing-masing. Jadi, tiada masalah,” ujarnya.

Pasangan tersebut berkahwin pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya perempuan, Aaisyah Dhia Rania yang kini berusia tujuh tahun.

Aktres yang popular menerusi drama Kiah Pekasam itu juga memiliki dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra hasil perkahwinan terdahulu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Primeworks Studios & WeTV Mempersembahkan 2 Drama Terbaik Pada Bulan Ramadan

Nyalaan Hati Chaleeda Gilbert Dalam ‘CIGARETTES’