in , ,

Elyana Kembali Berlakon Dalam MISI DANIA CUN 2 di TV1

Menerusi drama 13 episod diberi tajuk “Misi Dania Cun 2” arahan Dato’ T.S. Jeffry dan skrip dihasilkan Adza Emie tersebut, Elyana mencabar diri sendiri dengan melakonkan watak seorang jururawat dari bandar yang telah ditugaskan di sebuah hospital di pinggir bandar.

Menariknya drama bersiri disiarkan mulai 25 April ini, waktu siarannya yang menemani waktu sahur anda setiap hari, pukul 5.30 pagi di TV1.

Kisahnya berlegar tentang watak Misi Dania yang mendapat peluang pertukaran dari Klinik Teluk Jering Tumpat Kelantan ke tempat baru iaitu Hospital Sik Kedah. Dia sangat tertekan pada mulanya kerana dia mahu kembali ke Kuala Lumpur di atas kehendak ibunya yang tidak mahu berpisah dengan Dania. Namun demi tugas yang dicintainya, Dania nekad memanfaatkan peluang tersebut.

Berada di pendalaman Kedah, Dania melihat perubahan keadaan yang sangat berbeza di mana orang Kedah kebanyakkan baik sekali, dan sopan santun namun tidak semua menyukai kehadiran Dania yang dikatakan menganggu akan sumber pendapatan haram mereka.  

Rakan sekerja Dania banyak cuba membantu dirinya. Dania kini berdepan dengan masalah yang lebih besar dengan masyarakat yang lebih kritikal terhadap setiap tingkah lakunya itu. 

Dania bernasib baik apabila bertemu Dr. Amirul, juga rakan barunya Sister Jazmine yang berbangsa Cina Sabahan namun sangat banyak membantunya,  juga Sister Aina dan termasuklah Jururawat Santesh yang selalu membuatnya gembira di kala sunyi.

Bersama mereka berdepan dengan segala masalah dan sikap masyarakat tempatan, dan apakah Misi Dania akan bertemu cinta baru di daerah Sik ini? Rungkai kesudahnnya dalam episod akhir drama bersiri ini. 

Selain Elyana, kisah dalam “Misi Dania Cun 2” ini turut dibintangi pelakon Andeline Tsen, Shekeen Waida, Vigna Muthusamy, Nafiez Zaidi, Ziema Din, Man Khan dan Dazrin Kamarudin.      

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Kurang Ajar!” Ashraf Muslim Luah Rasa Kecewa Iklan Judi Hari Raya Persenda Agama Islam

Primeworks Studios & WeTV Mempersembahkan 2 Drama Terbaik Pada Bulan Ramadan