in , ,

Peraduan Premiere With Budiey – Filem INHUMANS

Hai semua pembaca setia…. Budiey.com dengan kerjasama TGV Pictures akan menganjurkan sebuah tayangan Premiere With Budiey mengajak anda untuk menonton sebuah filem aksi dari komik Marvel yang ditunggu khususnya penonton setia berjudul INHUMANS.

Budiey nak mengajak anda semua menonton sebuah filem yang wajib ditonton ini di mana anda yang hadir dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa masuk ke pawagam.

Inhumans

[dropcap]K[/dropcap]alau nak tahu, filem arahan Roel Reine ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 31 Ogos 2017. Pastikan anda menikmati filem ini dengan menonton di dewan IMAX yang cukup spectacular dan menakjubkan.

[pullquote align=”right”]Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem yang penuh dengan babak aksi mengujakan ini bersama beberapa selebriti, Budieyators dan influencers yang dijemput khas? Caranya ada kat bawah ni, jadi jangan berlengah-lengah lagi, okay?[/pullquote]

Apa tunggu lagi, usah berlengah lagi ya untuk mendapatkan tiket bagi menonton filem ini nanti. Filem yang mengisahkan tentang sekelompok komuniti superhuman yang terpinggir ini dilakonkan oleh Sonya Balmores, Isabelle Cornish, Eme Ikwuakor dan ramai lagi.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam, okay?

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer INHUMANS yang telah diriliskan di dada Youtube TGV Pictures.

Apa pendapat anda dengan trailer ni? Menarik tak?

Untuk kalian yang menyukai filem bergenre aksi dan sci-fi, tunggu apa lagi… sertai peraduan ini dan dapatkan tiket anda! Budiey kira filem ini bakal mencipta satu fenomena sebab ia padat dengan aksi mendebarkan pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

Sinopsis Filem INHUMANS

An isolated community of superhumans fight to protect themselves.

Inhumans

Peraduan Tayangan Premiere Filem INHUMANS

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 60 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton dan boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
30 Ogos 2017 (Rabu)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
9.00 malam

Tempat:
TGV Cinemas Sunway Velocity

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere INHUMANS – Budiey.com di TGV Cinemas Sunway Velocity. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #InhumansMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #InhumansMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.


Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pelakon utama filem ini.

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere INHUMANS – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

301679647 9798145995 O | 4

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere INHUMANS

Tarikh tutup peraduan:

29 Ogos 2017 (Selasa)

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 31 Ogos 2017.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Pictures: www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Inhumans

Inhumans

Inhumans

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem Bisik Pada Langit

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Menonton Filem IT