in , ,

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Menonton Filem IT

Ini adalah hadiah istimewa Budiey.com kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!  

Mahukah anda menghadiri Tayangan Premiere IT – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Ya, cukup istimewa buat pembaca Budiey.com, anda akan dapat menonton filem ini lebih awal iaitu pada 7 September 2017.

Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem paling ditunggu-tunggu yang dibikin-semula dari hasil penulis novel terkenal Stephen Kings berjudul IT. Sebuah filem thriller dan seram yang penuh aksi yang cukup mendebarkan.

Budiey percaya ramai Budieyators yang menantikan filem IT yang mempunyai jalan cerita yang sungguh menarik ini. Cerita seram daripada New Line Cinema ini diarahkan oleh Andy Muschietti (pengarah filem MAMA), berdasarkan novel Stephen King yang sangat popular dengan nama yang sama, sebenarnya telah menghantui pembaca sejak sekian lama.

Filem IT merupakan hasil karya terbaru sutradara filem seram David F. Sandberg. Beliau sebelum ini pernah menghasilkan sebuah filem seram berjudul LIGHTS OUT. Sebuah filem seram yang mendapat sambutan positif oleh pengkritik dan peminat filem seram pada tahun 2016.

IT dibintangi oleh Bill Skarsgård sebagai watak utama penjahat, dikenali sebagai Pennywise. Ramai juga pelakon muda membintangi filem ini, termasuk Jaeden Lieberher, Jeremy Ray Taylor, Sophia Lillis, Finn Wolfhard, Wyatt Oleff, Chosen Jacobs dan Nicholas Hamilton.

Filem seram daripada New Line Cinema, IT akan dikeluarkan di seluruh dunia mulai 7 September 2017, oleh Warner Bros. Pictures, Warner Entertainment Company.

Filem IT

Sinopsis Filem IT :

Kisah terjadi apabila anak-anak yang mula hilang di bandar Derry, Maine, sekumpulan anak-anak muda berhadapan dengan ketakutan terbesar mereka apabila mereka melawan badut jahat bernama Pennywise, yang terkenal dengan sejarah pembunuhan dan kekejamannya yang melampau.

Peraduan Tayangan Premiere Filem IT

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 166 tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

5 September 2017 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

8.45 malam

Tempat:

GSC Mid Valley

Sebanyak 166 keping tiket perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere IT– Budiey.com di GSC Mid Valley. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #ITMovieMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #IT kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

  1. Filem IT diarahkan oleh seorang pengarah filem yang terkenal dan juga seorang pembikin filem seram yang telah memenangi anugerah. Namakan pengarah filem IT.
  2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere Filem IT  – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Premiere IT – Budiey.com

Tarikh tutup peraduan:

4 September 2017 (Hari Isnin)

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Warner Bros. Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 7 September 2017 di pawagam.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia dan langgan / subscribe Youtube Channel Warner Bros. Pictures : www.youtube.com/WarnerBrosPictures

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Filem IT

Filem IT

Filem IT

Filem IT

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey – Filem INHUMANS

Apa Sebab Aman Lancar Single SULIT