in ,

Pop Shuvit, DJ Fuzz, Altimet di Stadium Astro Sokker Safari

Meriahkan Stadium Astro Sokker Safari
Demam Piala Dunia FIFA 2010™  Melanda Bukit Jalil 18 Julai

Seiring dengan komitmen dan janji Stadium Astro untuk membawakan sukan premium dan siaran secara langsung kepada rakyat Malaysia, Astro dengan bangganya membawakan Stadium Astro Sokker Safari terus kepada para pelanggan. Bertempat di Bukit Jalil (bersebelahan Stadium Bukit Jalil), acara ini akan berlangsung pada 18 Julai 2009 dan akan bermula seawal jam 10 pagi hingga 10 malam. Ini merupakan sebahagian daripada kempen Piala Dunia FIFA 2010™.

’Safari bola sepak’ telah dipilih selaku tema kempen pada kali ini yang diinspirasikan daripada negara Afrika Selatan yang juga akan menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia FIFA 2010™. Pembinaan bagi Stadium Astro Sokker Safari adalah unik. Motif corak daripada pengaruh negara Afrika melengkapi bahagian hiasan luaran dan kombinasi empat buah trak bersaiz 40 kaki setiap satu yang akan digubah menjadi sebuah Stadium Astro, sebuah kawasan lapang yang dilengkapi dengan padang futsal dan tempat duduk berteres bakal memberi pengalaman baru kepada para penonton seolah-olah mereka menonton perlawanan futsal 3 lawan 3 di antara 24 pasukan di dalam stadium yang sebenarnya.

Bagi menjana kerancakkan dan kegilaan dalam kempen Piala Dunia FIFA 2010™, Stadium Astro Sokker Safari akan memulakan keriangan itu dengan pelbagai persembahan budaya dari negara Afrika Selatan seperti persembahan daripada Zimbabwean Idol iaitu Jonah Sithole, kumpulan tarian Botswana Bambaata & Bantus Capoeira, persembahan muzik oleh kumpulan ‘percussion’ terkenal dari Singapura iaitu Wicked Aura Batucada, demonstrasi dan cabaran dari Shaka Zulu serta Dr Free Styler yang akan membuat limbungan dan aksi bebas dengan menggunakan bola sepak.  

Pada masa yang sama, para pengunjung berpeluang untuk menyaksikan perlawanan persahabatan di antara para selebriti tanah air seperti Didie Alias, Yang Kassim, Yana Shamsuddin, Acappan dan ramai lagi. Selain itu, mereka juga dapat menikmati persembahan daripada bintang-bintang Akademi Fantasia kegemaran ramai seperti Nora AF4, Hazama AF4, Zahid AF2 dan Nadia AF6 termasuk kemunculan artis tempatan seperti Pop Shuvit, DJ Fuzz, Altimet dan Farish Aziz.

Selain daripada persembahan yang mengasyikkan serta pertandingan futsal, Stadium Astro Sokker Safari juga menjemput seluruh ahli keluarga untuk menyertai pelbagai aktiviti yang telah disusun sepanjang hari seperti perlawanan bola sepak menerusi permainan Sony Playstation dan juga pelbagai peraduan lain yang pastinya menghiburkan.

Acara menarik ini bakal berlangsung serentak pada hari yang sama dengan perlawanan bola sepak di antara pasukan Manchester United dan Malaysia XI yang akal berlangsung di Stadium Bukit Jalil. Pasukan Manchester United akan berada di Malaysia bersempena dengan Asia Tour 2009.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Derailed di TV2

Sinopsis Drama Novelis Babysitter