in , ,

Peraduan Premiere With Budiey Filem BANGKOK 13

Ini adalah hadiah Budiey kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!

Anda nak menghadiri Tayangan Premiere BANGKOK 13 – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem seram thriller dari Thailand yang penuh dengan adegan kejutan dan suspen ni.

[pullquote align=”right”]Budiey ada 100 pass tiket untuk dihadiahkan kepada semua pembaca Budiey.com yang teruja untuk hadir menonton.[/pullquote]

Pada hari Selasa ini, Budiey nak ajak korang tonton sebuah filem dramatik thriller suspen lagi sadis berjudul BANGKOK 13 lakonan oleh Thanthara Rungruang, Akarin Akaranitimaytharatt, Thospol Sirvivat, Worarat Karnjanarach, Dolkamol Satdhathip and Jirawat Vachirasarunpatra. Ianya diarahkan oleh pengarah yang tak asing di Thailand iaitu Dulyasit Niyomgul. Pasti ramai yang ramai nak tengok filem suspen macam ni, kan?

Nak tahu seram ke tidak, anda semua dijemput untuk menonton trailer filem ini dan bacalah sinopsis ringkas tentang filem ini.

bangkok 13 poster




Sinopsis Filem BANGKOK 13

Pia is a girl with a sixth sense. Her ability to see ghosts leads her to become the key to unlock 13 haunted secrets in Bangkok. She joins a paranormal TV show in hopes of finding out the truth behind her strange gift. The decision brings her to realised dark secrets of 13 locations, which are all connected to her in some ways. Could she find a way out of this mess, or even what’s setting everything in motion? Is it a gift or determination that brings upon her strange talent? Is this just one big game being dealt by fate’s hand? Find out the answers in Bangkok 13 (City of the Dead).

Peraduan Tayangan Premiere BANGKOK 13

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 100 pass tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

10 Mei 2016 (Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9:00 malam

Tempat:

GSC Mid Valley

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere BANGKOK 13 – Budiey.com di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini:  www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #Bangkok13 kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan seorang pelakon yang membintangi filem BANGKOK 13

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere BANGKOK 13 – Sensasi Selebriti kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Tayangan Premiere BANGKOK 13 – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:
9 Mei 2016

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada GSC Movies dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 12 Mei 2016.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

WATER FOR LIFE Menjadikan Kehidupan Penduduk Kg Peta Lebih Sempurna

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Drama SEINDAH TAKDIR CINTA