in ,

WATER FOR LIFE Menjadikan Kehidupan Penduduk Kg Peta Lebih Sempurna

Nampaknya, Budiey tak putus-putus dapat panggilan untuk mengikuti program WATER FOR LIFE anjuran PETRONAS Dagangan Berhad (PDB). Tak tahu la sebab apa. Mungkin kerana ini satu rezeki dan mungkin juga ini satu peluang.

Peluang untuk kita bermuhasabah dan berfikir betapa pentingnya air dalam kehidupan. Bayangkan bagaimana la kehidupan kita tanpa air ye? Sekarang ni pun kita dah tak tahan dengan musim kemarau akibat fenomena Elnino. Apatah lagi kalau dunia nanti dah kemarau. Hmmm…

Sememangnya, Budiey enjoy apabila dapat membantu penduduk masyarakat Orang Asli di mendapat bekalan air yang bersih dan jernih. Yes, enjoy!

Water For Life

Satu pengalaman yang takkan Budiey lupakan sebab mengajar Budiey betapa pentingnya bekalan air yang bersih kepada kita semua. Sampai sekarang kenangan tu masih terus Budiey ingat.

Setelah membantu penduduk Kuala Rompin, Pahang dan Kg Runchang, Pekan baru-baru ini, Budiey terpanggil untuk mengikuti rombongan ke Kg Peta, Taman Negara Endau Rompin pada 15 April yang lalu.

Water For Life

Perjalanan trip ini nampaknya sangat berbeza kerana ianya sangat mencabar. Kami terpaksa melalui perjalanan selama 5 jam untuk sampai di destinasi.

Jalan yang dilalui juga sangat sukar kerana kami terpaksa menggunakan dua kenderaan dan terpaksa menukar kenderaan pacuan 4 roda untuk sampai ke Taman Negara Endau Rompin.

Jalan yang bengkang bengkok macam ular sawa tu serta naik bukit turun bukit… Fuh! Memang memenatkan juga tapi sikit pun tak mematahkan semangat kami untuk sampai. Nasib baik perjalanan kami lancar tanpa menempuhi sebarang masalah.

Pada 15 April, perjalanan kami bermula dari Menara Berkembar PETRONAS di KLCC menuju ke Mersing, Johor dengan menaiki van. Kami sampai di Taman Negara Endau Rompin tidaklah lewat sangat. Memang mengikut apa yang dijadualkan. Selesai makan tengahari di sebuah restoran kat Kluang, kami meneruskan perjalanan.

Sesampai di chalet, kami makan malam dan berehat untuk rasa lebih segar esok harinya.

Water For Life

WATER FOR LIFE Menjadikan Kehidupan Penduduk Kg Peta Lebih Sempurna

[dropcap]P[/dropcap]agi 16 April, cuaca sangat baik sekali. Matahari muncul memancarkan sinar. Terang benderang. Seolah gembira dengan kehadiran kami di sini untuk membantu penduduk kat sini mendapatkan bekalan air bersih. Seperti yang dijadualkan, kami hanya berjalan kaki dari hotel ke Kg Peta dalam jam 8 pagi. Tak sampai 15 minit kami dah sampai di Kampung Peta, di mana kat sini terdapat suku kaum Jakun.

Jauh di lubuk hati yang dalam, Budiey rasa bertuah sangat kerana dijemput untuk berganding bahu tenaga bersama 70 orang pekerja Petronas meringankan beban penduduk.

Pada tahun lalu, Budiey difahamkan Petronas telah mengadakan empat event CSR WATER FOR LIFE. Selepas berkampung di Kg Peta, staf Petronas dengar khabar akan terbang ke Terengganu pula katanya membantu penduduk kampung di sana.

Rasanya Petronas berbelanja bukan sedikit untuk projek WATER FOR LIFE ni. Segalanya bagi membantu meringankan beban orang kampung mendapatkan bekalan air yang bersih untuk kegunaan harian. Sebelum ini, bekalan air diperolehi daripada sistem paip yang asas bersumberkan daripada air tadahan yang berdekatan dengan kampung ini.

Bagi Budiey, Program Water For Life ini sekurang-kurangnya bukan hanya menyalurkan air bersih malah ia telah memberikan sinar bahagia buat penghuni. Syabas buat PETRONAS! Tidak sia-sia bantuan dihulurkan.

Bagi Budiey sendiri, inisiatif yang diusahakan oleh PETRONAS sangat murni dan harus dicontohi oleh semua syarikat. Sebagai seorang blogger pula, Budiey mengambil tugas ini untuk memberi sumbangan yang sekelumit ini untuk kesenangan masyarakat di luar bandar. Ye lah, mungkin kita tidak kaya dan tak ada banyak duit tapi kadang-kadang idea yang kecil dan kerjasama semua pihak untuk berganding bahu sekurang-kurangnya memberi satu impak yang besar dan penuh makna bagi seluruh penduduk.

Seperti dalam program yang sebelum ini juga, misi kami ialah memasang penapis air, pam air dan tangki air seterusnya menyalurkan air yang bersih itu ke rumah-rumah di sekitar kampung yang dihuni oleh lebih 300 orang penduduk Orang Asli Kg Peta.

Masa yang ditetapkan ialah selama 3 jam ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk melihat misi kami berjaya mencapai sasaran iaitu meningkatkan kualiti kehidupan penduduk kampung dengan menyediakan air yang bersih dan jernih. Ya, itulah matlamat program Water For Life ini.

Water For Life Petronas Dagangan di Kg Peta

Perjalanan program agak sukar juga kerana kami terpaksa mendaki bukit dan melalui jeram dan juga tanah yang becak. Ada antara kami yang terkena pacat. Aduyai, ngeri jugak tu.

Kami dibahagikan kepada tiga buah kumpulan. Setiap kumpulan ada lebih kurang 20 orang dan kami perlu memasang tangki air di setiap 100 meter.

Semua diwajibkan pakai kasut dan but sebab kawasan di sini kebanyakannya dah becak dan berlumpur sebab hujan turun.

Water For Life Petronas Dagangan di Kg Peta

Jam 9 pagi, program ini bermula dengan acara ucapan alu-aluan dari wakil penyelaras dan juga ketua kampung. Diikuti dengan ucapan daripada Head of Corporate & Marketing Communication, PETRONAS Dagangan Berhad, Pn Ruziah Azdi Bt A Rahman.

Water For Life Petronas Dagangan di Kg Peta

Menurut Pn Ruziah Azdi Bt A Rahman:

“Program Water For Life ini sangat bermakna untuk kita sebagai program asasi yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat setempat yang memerlukan bantuan dan menyelesaikan masalah untuk mendapatkan bekalan air yang bersih. Semoga selepas program ini selesai, keadaan penduduk di kampung ini sangat selesa dan tak bimbang dengan masalah untuk mendapatkan air.”

– Pn Ruziah Azdi Bt A Rahman

Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing… semua membahagikan tugas masing tanpa banyak soal. Kerja semakin mudah bila semua orang kerjasama bersatu tenaga. Tangki air sebarat 50kg diangkat dengan mudah.

Water For Life

Tidak sampai 10 minit, kami berjaya memikul tangki air lebih kurang 300 meter dari lokasi utama. Betullah kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh… kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, betul tak?

Water For Life

Sebelum memasang tangki, kami perlu menyalurkan paip ke tangki yang terletak 100 meter dari tempat itu. Setelah selesai, kerja-kerja memasang tangki dibuat. Kerja kami sangat mudah dan cepat kerana mendapat taklimat dan tunjuk ajar dari juru teknik program ini iaitu Mr. Shanmugaraj.

Kalau nak tahu, Mr. Shanmugaraj ni adalah sukarelawan dari Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS).

Water For Life Petronas Dagangan di Kg Peta

Misi kami dapat diselesaikan pada jam seawal jam 1 tengahari. Syukur segalanya dapat diselesaikan dengan seberapa segera. Sebelum kami makan tengahari, semua yang terlibat bergambar beramai-ramai dan kami sempat makan tengahari dan merasai juadah masakan tempatan seperti ayam masak dalam buluh. Memang enak dan unik masakan orang kampung Asli kat sini.

Budiey rasa bertuah sangat kerana dijemput dan berganding tenaga bersama meringankan beban penduduk di sini bersama 40 orang pekerja Petronas dan beberapa orang media.

Budiey sangat gembira dapat memberikan sedikit tenaga untuk kemudahan Orang Asli di Kampung Peta, Mersing, Johor ni. Di kesempatan ini, Budiey ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PETRONAS kerana memberi peluang seperti ini.

Bagi Budiey sendiri, inisiatif yang diusahakan oleh PETRONAS Dagangan Berhad sangat murni dan harus dicontohi oleh semua syarikat. Sebagai seorang blogger pula, Budiey mengambil tugas ini untuk memberi sumbangan yang sekelumit ini untuk kesenangan masyarakat di luar bandar.

Ye lah, mungkin kita tidak kaya dan tak ada banyak duit tapi kadang-kadang idea yang kecil dan kerjasama semua pihak untuk berganding bahu sekurang-kurangnya memberi satu impak yang besar dan penuh makna bagi seluruh penduduk.

Untuk info lanjut tentang program komuniti PETRONAS atau berita terkini, anda boleh layari www.mymesra.com.my atau muat turun applikasi PETRONAS Pitstop – Dapatkan di Google Play untuk Android atau App Store untuk iOS.

Water For Life Petronas Dagangan di Kg Peta
Water For Life Petronas Dagangan di Kg Peta
Water For Life Petronas Dagangan di Kg Peta
Water For Life Kg Peta
Water For Life Kg Peta
Water For Life Kg Peta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cara Mudah Menang Trip ke Konsert ADELE LIVE IN PARIS

Peraduan Premiere With Budiey Filem BANGKOK 13