in

Peraduan Menang Wang Tunai RM30,000 Kunci Masyuk Hot FM

Bermula 17 Ogos hingga 5 September 2015, Hot FM menawarkan RM30,000 kepada pendengar mereka melalui sebuah peraduan mudah iaitu Kunci Masyuk Hot FM. Pendengar hanya perlu mendengar Hot FM untuk isyarat memanggil dan seterusnya pendengar ke Sembilan untuk melayakkan diri untuk menjawab soalan yang akan diajukan oleh penyampai Hot FM.

Sekiranya berjaya, selain membawa pulang RM200, mereka secara automatik akan muncul sebagai finalis untuk merebut hadiah utama di acara kemuncak Kunci Masyuk Hot FM nanti.

Kunci Masyuk Hot FM

Selain itu, mereka yang tidak berkesempatan mencuba melalui isyarat panggilan telefon, mereka juga boleh mencuba nasib melalui atas talian (online) serta bertemu dengan krew Hot FM Zoomerz yang bakal berada di merata lokasi bermuia tarikh tersebut.

Sebanyak 60 kunci menjadi rebutan untuk melayakkan mereka membuka pintu yang mengandungi hadiah seperti :

1. Deposit Kereta
2. Percutian untuk 4 orang
3. Ubahsuai Rumah Anda
4. Pembayaran Bil
5. Perbelanjaan Membeli-belah

Kunci Masyuk Hot FM yang meliputi 3 platform utama Hot FM iaitu secara udara, atas talian dan on ground akan menemui kemuncak acara pada 5 September 2015 di Karnival Usahawan Desa 2015 bertempat di Presint 3, Putrajaya bermula jam 2 petang hingga 5 petang.

Informasi lanjut dan terkini mengenai Hot Jam ini boleh didapati melalui laman media sosial rasmi iaitu hotfm976 bagi Facebook, Twitter dan Instagram dan juga www.hotfm.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muzik Video CALL ME BABY EXO Melepasi 50 Juta Tontonan di Youtube

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Lawak Warna 2015