in , ,

Peraduan Tayangan Eksklusif Filem KL SPECIAL FORCE

Dah lama kita tak tonton filem Melayu beramai-ramai together-gather di dalam sebuah panggung kan? Okay, hari ini, tup tup… Budiey ada tawaran daripada pengarah dan penerbit muda tersohor, Syafiq Yusof untuk berkongsi khabar dan menjemput korang semua Budieyators di luar sana untuk menonton sebuah filem aksi terbaru lakonan Fattah Amin berjudul KL SPECIAL FORCE. Filem ini adalah terbitan bersama Skop Productions, Damofa Productions dan Viper Studios.

Kepada yang rindu dengan garapan terbaru Syafiq Yusof (sebelum ini melonjak nama dengan filem Abang Long Fadil, Desolasi, Mat Moto, SAM), Budiey rasa inilah satu-satunya peluang untuk korang semua. Maklumlah, dah lama kan kita tak tonton filem arahan beliau. Filem beliau Budiey pernah tonton ialah Desolasi.

Apa kata tonton dulu trailer filem ni:

Menjadi penarik utama filem ini ialah pemenang Bintang Paling Popular ABPBH iaitu Fattah Amin yang mana filem ini adalah filem pertama lakonan beliau. Sebelum ini, Fattah Amin terkenal dengan peranan televisyen seperti Playboy Itu Suami Aku, Hello, Mr. Perfect! dan My Coffee Prince memegang watak sebagai Zul, pegawai polis baru yang diserapkan di Unit Tindakan Khas (UTK).

Untuk filem ini, Fattah melakukan sendiri aksi lagak ngeri, dan mendapat tunjuk ajar daripada pakar lagak ngeri. Rosyam Nor yang sebelum ini membintangi beberapa filem terbitan Skop Productions memegang watak sebagai Roslan, pegawai polis senior dan ketua pasukan UTK. Penggambaran dijalankan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Ipoh, Perak.

KL SPECIAL FORCE bergenre aksi drama kepolisan yang akan menemui penonton pada 8 Mac depan ini menelan belanja RM4 juta.

Ia menampilkan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Syamsul Yusof, Tania Hudson, Puteri Balqis, Mustaqim Bahadon, Josiah Hogan, Fattah Amin, Shaharudin Tambi dan Esma Danial.

Jadi, ini hadiah istimewa buat semua Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!

Jika korang semua ada masa dan ruang untuk temujanji kita di Tayangan Premiere KL SPECIAL FORCE bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas, haa… bolehlah join peraduan kat bawah ni. Mesti meriahkan menonton filem ni ramai-ramai, kan?

Kalau nak tahu, filem KL SPECIAL FORCE akan menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 8 Mac 2018. Tengok pada trailer kat atas ni, filem ni memang gempak aksinya kan, apa pendapat korang?

Filem KL SPECIAL FORCE

Sinopsis Filem KL SPECIAL FORCE

Mengisahkan tentang sekumpulan Unit Khas PDRM yang diketuai oleh Roslan yang berusaha untuk menjatuhkan sekumpulan perompak yang diketuai oleh Asyraff. Kumpulan perompak yang dikenali sebagai ‘Geng Anarkis’ melaksanakan pelan rompakan dengan begitu licik dan pelbagai taktik untuk mengelirukan pihak polis. Seorang anggota polis muda bernama Zul yang berjiwa besar diserapkan dalam Unit Khas PDRM untuk membantu Roslan menyelesaikan kes berkenaaan, tetapi situasi menjadi bertambah rumit apabila ketua perompak iaitu Asyraff mula memanipulasi perasaan, minda dan syak wasangka diantara Roslan danZul. Taktik asyraff menimbulkan stigma dan pergolakan diantara anggota di dalam unit khas tersebut. Dalam pada masa yang sama, Roslan mengalami masalah keseimbangan masa untuk kerja dan keluarga dan sering bertengkar dengan isterinya yang bernama Diana. Zul juga mengalami masalah yang sama dengan tunangnya Mia yang merupakan anak kepada pengerusi bank Damofa iaitu Dato’ Mior. Sebuah rahsiah bakal terbongkar apabila geng anarkis hanya merompak bank kepunyaan Dato’ Mior. Apakah rahsia tersebut? Bagaimanakah pihak polis mahu menumpaskan Geng Anarkis?

Jom Kita Tengok Behind The Scenes:

Peraduan Tayangan Premiere Filem KL SPECIAL FORCE

Sensasi Selebriti dengan kerjasama Skop Productions Sdn Bhd ingin menghadiahkan 100 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

7 Mac 2018 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.00 malam

Tempat:

MMCineplexes, E@curve, Mutiara Damansara

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere KL SPECIAL FORCE – Budiey.com di MMCineplexes, E@curve, Mutiara Damansara. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #KLSpecialForce #KLSF #comfirmlit

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu menonton filem #KLSpecialForce kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Apakah nama watak yang dipegang oleh Fattah Amin dalam filem ini?

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem KL SPECIAL FORCE kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem KL SPECIAL FORCE

Tarikh tutup peraduan:

6 Mac 2018 (Hari Selasa)

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Skop Productions dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 8 Mac 2018.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siri Jelajah Drama Festival Kuala Lumpur di Johor Bahru Meriah

Meeracle Memperkasa Wanita Dengan Keajaiban Batu Permata