in ,

Siri Jelajah Drama Festival Kuala Lumpur di Johor Bahru Meriah

3,000 ORANG BERDRAMA DI JOHOR BAHRU!
DFKL 2018 mengajak warga Lembah Klang berdrama di Sunway Putra Mall Kuala Lumpur hujung minggu ini

Siri Jelajah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018 baru sahaja menamatkan persinggahan pertamanya di Paradigm Mall, Johor Bahru pada 23 & 24 Februari (Jumaat dan Sabtu) lepas! Seramai 3,000 orang warga Johor telah membanjiri acara yang berlangsung selama dua hari ini. Tarikan utama siri jelajah ini iaitu sesi ujibakat lakonan DFKL 2018 dimeriahkan dengan 150 peserta, manakala sesi pembentangan idea pula menerima 20 penyertaan.

DFKL 2018 di Johor Bahru

Menurut Puan Siti Nurlisia Mohd Nadzri, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, “Kami bangga kerana siri jelajah DFKL 2018 ini berjaya menarik minat individu-individu yang kreatif dan mempunyai idea luar biasa untuk mempamerkan bakat terpendam mereka. Alhamdulillah, kami juga menerima jumlah penyertaan yang memberangsangkan untuk sesi ujibakat dan sesi kongsi DFKL 2018 di Johor Bahru. Terbukti ramai orang di luar sana yang berminat untuk menceburi industri drama tanah air. Bagi mereka yang terlepas untuk menyertai acara kali ini, boleh datang ke siri jelajah seterusnya di Kuala Lumpur.”

Lokasi pertama tersebuut turut disertai oleh Syazuwan Hassan dan Pauline Tan selaku duta-duta DFKL tahun ini, para pengunjung juga beramah mesra bersama barisan artis popular seperti Izzue Islam, Ashraf Muslim, Hafidz Roshdi, Azira Shafinaz, Janna Nick, Bell Ngasri serta heroin drama slot Akasia berjudul “Tiada Arah Jodoh Kita”, Aprena Manrose.

Para peserta yang mendaftarkan diri untuk menyertai sesi ujibakat DFKL 2018 telah disaring oleh Sheila Rusly dan Shahrulezad, yang juga merupakan barisan speaker bagi kategori lakonan dan penulisan kreatif di Bengkel DFKL 2018. Dua orang panel berpengalaman ini turut berkongsi tips-tips untuk menjadi seorang pelakon yang berilmu kepada mereka yang hadir. Lebih menarik lagi, para peserta juga diberikan peluang untuk bergandingan dengan artis jemputan ketika sesi ujibakat sedang berlangsung. Pelbagai idea dan cerita menarik yang berpotensi untuk diterbitkan sebagai drama telah dikongsikan kepada Datuk A. Aida, ketua juri pertandingan sesi kongsi.

Orang ramai yang tidak berkesempatan untuk turut serta siri jelajah di Johor Bahru ini boleh menyertai siri jelajah yang seterusnya pada 3 & 4 Mac bertempat di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur. Sesi ujibakat kali ini pula akan disaring oleh Sheila Rusly, Jason Chong serta Jason Kok. Antara barisan artis jemputan yang akan turun padang ialah Ashraf Muslim, Azira Shafinaz, Bell Ngasri, Datuk Adi Putra, Izzue Islam, Ayda Jebat, Elisya Sandha, Bell Ngasri, Syafiq Kyle, Ziah dan Lynn.

DFKL telah melahirkan bakat-bakat baharu seperti Raja Afiq, Syazuwan Hassan, Indah Emeerlda, Nafiz Muaz, Jaja Iliyes, dan Riena Diana yang sudah mewarnai persada seni tanah air. Jadi, pastikan anda tidak ketinggalan untuk hadir dan sertai kemeriahan siri jelajah DFKL 2018!

Untuk maklumat lanjut mengenai DFKL 2018, layari laman web rasmi www.dfkl.com.my. Hangatkan lagi perbualan di laman media sosial dengan #MasaUntukDrama dan #DFKL2018. Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 & TV9 iaitu @tv3malaysia dan @tv9malaysia.

DFKL 2018 di Johor Bahru

DFKL 2018 di Johor Bahru

DFKL 2018 di Johor Bahru

DFKL 2018 di Johor Bahru

DFKL 2018 di Johor Bahru

DFKL 2018 di Johor Bahru

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem RED SPARROW

Peraduan Tayangan Eksklusif Filem KL SPECIAL FORCE