in ,

Pemenang Pertandingan Tarian Tradisional Antara SJK Tamil Negeri Kedah

Tahniah Buat Semua Pemenang Pertandingan Tarian Tradisional Antara SJK Tamil Negeri Kedah!

Terbuka kepada semua sekolah-sekolah Tamil di seluruh Negeri Kedah, ternyata acara ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari sekolah Tamil di seluruh negeri Kedah. Pada 6 Oktober yang lalu telah berlangsungnya Finale Pertandingan Tarian Tradisional Antara SJK Tamil Negeri Kedah di Dewan Peringatan Gandhi, Sungai Petani, Kedah.

Pemenang Pertandingan Tarian Tradisional Antara SJK Tamil Negeri Kedah

Tahniah buat semua pemenang

1. SJKT TAMAN KELADI

2. SJKT GANESAR

3. SJKT ARUMUGAM PILLAI

4. SJKT KULIM

5. SJKT SARASWATHY

6. SJKT KALAIVANI

7. SJKT KO – SARANGGAPANI

8. SJKT BEDONG

9. SJKT LADANG BMR

10. SJKT LADANG SEGINTAH

Setelah para peserta mempamerkan bakat pelajar dalam seni tarian tradisional. Masing-masing telah pun melakukan persembahan terbaik untuk merebut hadiah dan wang tunai bernilai RM10,000 yang disediakan oleh penganjur.

Tahniah buat pasukan dan kumpulan dari SJKT Taman Keladi yang telah menunjukkan tarian yang cukup menarik perhatian juri. Setelah berhempas pulas berlatih dengan gigih, pasukan dari SJKT Taman Keladi menunjukkan gerak tarian yang lemah gemalai. Dengan pemilihan lagu yang rancak, pasukan ini menerima tepukan yang gemuruh. 

Berikut adalah foto-foto yang sempat dirakam sepanjang Pertandingan Tarian Tradisional Antara SJK Tamil Negeri Kedah. 

Pemenang Pertandingan Tarian Tradisional Antara SJK Tamil Negeri Kedah
Pemenang Pertandingan Tarian Tradisional Antara SJK Tamil Negeri Kedah
Pemenang Pertandingan Tarian Tradisional Antara SJK Tamil Negeri Kedah
Pemenang Pertandingan Tarian Tradisional Antara SJK Tamil Negeri Kedah
Pemenang Pertandingan Tarian Tradisional Antara SJK Tamil Negeri Kedah
Pemenang Pertandingan Tarian Tradisional Antara SJK Tamil Negeri Kedah
Pemenang Pertandingan Tarian Tradisional Antara SJK Tamil Negeri Kedah
Pemenang Pertandingan Tarian Tradisional Antara SJK Tamil Negeri Kedah

Selain daripada persaingan tarian yang sengit, Pertandingan Tarian Tradisional Rakyat Malaysia Antara Sekolah Tamil Negeri Kedah ini juga akan menyediakan peluang kepada pelajar untuk meluahkan kreativiti dan semangat berpasukan mereka. 

Penganjur berterima kasih kepada para hadirin, tetamu, kerajaan, gssk tourism, penaja, para guru, ibu bapa dan semua yang terlibat menjayakan acara ini.

Penganjur berjanji untuk mengadakan pertandingan seperti ini pada masa akan datang kerana ia dapat mengeratkan lagi jalinan kerjasama antara sekolah di seluruh negeri Kedah.

Acara seperti ini adalah platform yang hebat untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan pelajar Tamil di Negeri Kedah dan untuk meraikan kekayaan budaya Malaysia yang pelbagai.

Sekali lagi, Budiey nak ucapkan tahniah buat semua pemenang!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pavilion Damansara Heights Mall

Pavilion Damansara Heights Fasa Pertama Kini Dibuka Dengan Lampu Murano

Jiang Long & Zhang Linghe Bergabung Dalam Drama Tiger and Crane di iQIYI