in , ,

Sebrian Shah Lancar Single DAMBA, Sarat Dengan Emosi & Lirik Yang Mendalam

Sebrian Shah (25), penyanyi muda berbakat yang kian meningkat naik ini mengeluarkan lagu terbarunya yang berjudul DAMBA.

Anak kelahiran Johor Bahru dan berkacukan melanau cina melayu ini telah mengungkapkan bahawa lagu DAMBA merupakan hasil karya yang sangat personal baginya. Damba merupakan sebuah lagu yang sangat berat dari segi emosi dan teknikaliti.

Dengan lirik-lirik yang mendalam, lagu ini memberikan gambaran yang jelas tentang perasaan yang rumit dalam hubungan percintaan.

Sebrian Shah Lancar Single DAMBA, Sarat Dengan Emosi & Lirik Yang Mendalam

Pelajar semester akhir jurusan perniagaan ini telah menunjukkan bakatnya dalam bidang muzik dan peragaan pakaian sejak usia muda, “Perjalanan saya di media sosial juga berkembang, saya bersyukur kerana sepanjang penglibatan saya, saya banyak bekerja sama dengan jenama – jenama antarabangsa. Kemudiannya, saya dilamar untuk menjadi penyanyi di bawah naungan Armani Entertainment Group (AEG).”

“Seperti penyanyi lain, sudah tentu lagu yang akan dinyanyikan perlu dekat dengan diri penyanyi itu sendiri. DAMBA adalah kesinambungan kepada lagu saya yang pertama iaitu Maafkan yang telah dilancarkan beberapa bulan lepas. Fahaman tentang lagu ini berkisahkan seorang lelaki yang telah kehilangan wanita yang dicintai dan mendambakan percintaan itu semula. Akan tetapi jika dihayati dengan teliti, lagu ini bukanlah kisah cinta kepada manusia semata. Pendengar harus mendengarkan lagu ini sendiri untuk mengetahui makna tersirat yang cuba disampaikan.”

Sebrian Shah Lancar Single DAMBA, Sarat Dengan Emosi & Lirik Yang Mendalam

“Seperti sebelumnya, saya mengharapkan lagu ini akan sekali lagi tembus ke pasaran Indonesia. Kalau dilihat dari statistik streaming lagu Maafkan, separuh dari pendengar adalah dari negara jiran. Semoga lagu ini akan disukai ramai, tidak kira dari mana mereka berada kerana bagi saya muzik sangat subjektif dan universal.”

“Lagu DAMBA ini kedengaran berbeza dengan lagu saya sebelumnya. Nyanyian dan lagu kalini kedengaran lebih kuat pada sisi pop rock. Saya memilih genre ini untuk bawa kesegaran selain kembali pada lagu – lagu yang saya dengar waktu kecil dulu.” Menurut Sebrian, bapanya seorang penggemar lagu rock dan beliau didedahkan dengan genre ini dari usia muda. Kata beliau, lagu bergenre slow rock adalah lagu pertama yang dinyanyikan dan dijuarai sewaktu dibangku sokolah dahulu. Jadi genre ini tidak asing lagi baginya.

“Kerjasama bersama komposer, Emeer Bakri dan Amsyar Razqa kali ini amatlah mudah dan cepat. Saya tahu apa yang mereka inginkan dan mereka juga tahu apa hala tuju saya untuk lagu ini, jadi tiada masalah dalam bekerjasama menyiapkan lagu ini.”

Sebrian Shah Lancar Single DAMBA, Sarat Dengan Emosi & Lirik Yang Mendalam

Menurutnya lagi, “Kali ini masa yang diambil untuk menyiapkan lagu ini teramatlah sekejap. Proses rakaman dijalankan kurang 3 jam. Mungkin kerana saya sudah selesa dengan komposer lagu ini, jadi kerjasama antara kami terjadi lebih mudah.”

Keunikan yang dibawa dalam music video DAMBA adalah rakaman yang di dilakukan di dalam air di mana konsep ini telah dilakar sejak November 2023. “Kali ini proses rakaman walaupun ringkas, ia teramatlah mencabar di mana team saya menyediakan kolam di dalam studio sepanjang 5 meter untuk menyesuaikan ketinggian saya supaya tidak kelihatan janggal. Sepanjang rakaman saya menggigil kesejukan, kerana rakaman di dalam air tersebut mengambil masa hampir 4 jam dari jam 9 malam sehingga 1 pagi. Namun, hasil keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan team saya yang telah bekerja keras dalam merealisasikan visi saya untuk music video (MV) ini.”

“Harapan saya agak besar untuk lagu ini. Saya harap siapa saja yang mendengarkan lagu ini, pasti akan jatuh cinta dengan melodi dan liriknya.” Sebrian juga meluahkan perasaannya dan berharap beliau dapat meneruskan penghasilan karya-karya berkualiti di masa mendatang juga.

Lagu DAMBA Sebrian Shah, dibawah naungan Armani Entertainment Group (AEG) ini boleh didengari dan dimuat turun melalui platform penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music dan musik video boleh ditonton eksklusif di saluran YouTube Armani Entertainment. Teruskan menyokong hasil karya Armani Entertainment Group demi industri musik tanah air.

Artis : Sebrian Shah
Penulis lirik : Emeer Bakri, Amsyar Razqa, Emmess, & KK
Komposer : Emeer Bakri, Amsyar Razqa, & Hazeeq Azhar 

Terbitan: Armani Entertainment Group

Sebrian Shah Lancar Single DAMBA, Sarat Dengan Emosi & Lirik Yang Mendalam

LIRIK DAMBA

Saat aku mencintai kamu 

Biarlah waktu terus membeku 

Sengaja ku biarkan begitu 

Agar bisa ku menatap matamu

Pre Chorus
Hingga 

Detik ini
Ku renung mengimbas segala memori 

Tanpa ku peduli
Aku menangis sedih dambakan cinta

Chorus
Maafkan aku
Duhai kekasih sejati
Perlunya aku hanyalah dirimu 

Genggam tanganku
Kembali ke dakapanku
Biar kita bisa seperti dulu Pulanglah

Ulang Verse

Ulang Chorus

Bridge
Setiaku menemani 

Sayang ku tersemat selalu

Biarlah waktu menjadi 

Penentu segala galanya

Ulang Chorus

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Lancar AI TV, Perkenal Siri TV & Audio 2024 Yang Lebih Pintar

AWAL ASHAARI

Awal Ashaari Tegur Wardina Sebab Ajak Orang Ramai Unfollow Selebriti