in

ORANG DI PAROL Antara Program Menarik di TV ALHIJRAH Sepanjang April ini

Khas untuk penonton setia TV AlHijrah, pelbagai rancangan menarik telah disusun sepanjang April 2018. Pemilihan siaran sepanjang April ini adalah bagi memenuhi permintaan penonton yang mahukan rancangan inklusif meliputi semua genre seperti bual bicara, kerohanian, dokumentari serta motivasi.

ODP - BERSAMA TPM

ORANG DI PAROL Antara Program Menarik di TV ALHIJRAH Sepanjang April ini

Peningkatan peratusan penonton yang mengikuti pembelajaran menerusi kaca televisyen ini, sangat memberi semangat buat TV AlHijrah untuk menyiarkan lebih banyak program-program keagamaan dan kerohanian disamping menerapkan mesej kesatuan ummah. Ini jelas membuktikan TV AlHijrah berjaya menerbitkan program-program yang memberi nilai tambah kepada masyarakat.

Atas sambutan yang amat menggalakkan program Dakwah Live dan Mai Ngaji telah disambung untuk musim ke 2 bagi mengisi slot istimewa sepanjang bulan April disamping ini adalah seperti rancangan Orang Diparol dan penambahbaikan rancangan Dakwah Live serta Mai Ngaji.

ORANG DI PAROL

Rancangan Orang Diparol (ODP) merupakan program bual bicara baharu yang diterbitkan oleh TV AlHijrah dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Telekom Malaysia (TM). Buat pertama kalinya TV AlHijrah menunjukkan kejayaan sistem Parol yang diamalkan oleh pihak berkuasa dalam mengurangkan kadar jenayah berulang di Malaysia.

Orang Diparol adalah mereka yang terdiri daripada banduan yang menjalani hukuman penjara di luar penjara. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, “Setiap banduan mempunyai peluang kedua dan pasti menjadi aset masa depan negara”.

Melalui rancangan ini, masyarakat boleh melihat modal insan yang dapat dibentuk atas kesedaran daripada kesilapan masa lalu serta mengubah persepsi dan mendidik masyarakat untuk menerima banduan dan memberi peluang kepada bekas banduan meneruskan kehidupan di luar penjara. Antara topik-topik yang akan dibincangkan dalam rancangan tersebut adalah seperti Peluang ke Dua, Mujahadah Melawan Nafsu, Hijrah, dan Sinar Keinsafan.

PENGACARA DAKWAH LIVE - USTAZ DATUK DR IZHAR

Rancangan bual bicara sebanyak 8 episod ini akan dikemudikan oleh Ustaz Dr. Farid Ravi dan akan ditemani oleh ODP serta tetamu khas bagi mengupas kejayaan sistem parol yang diamalkan serta menyuntik emosi dan memberi inspirasi kepada penonton melalui kisah realiti ini. Penonton sudah pasti akan termotivasi dengan perkongsian daripada bekas ODP dalam melayari kehidupan bermasyarakat. Jangan lepaskan peluang menyaksikan Orang Diparol yang akan menemui penonton TV AlHijrah bermula 13 April ini pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam.

PENGACARA MAI NGAJI - USTAZAH NADHRAH

DAKWAH LIVE

Dakwah Live adalah sebuah program bual bicara yang disiarkan secara langsung pada setiap Isnin hingga Rabu tepat jam 9 malam hingga 10 malam. Siaran ulangan pula pada setiap Selasa, Rabu dan Khamis jam 6.30 pagi.

Setelah mendapat pengikut yang ramai pada musim lalu, Dakwah Live sekali lagi muncul pada musim baharu berikutan respon baik dari penonton yang mahukan rancangan bual bicara ini diteruskan. Walaupun baru sahaja bersiaran sebanyak 20 episod pada msim lalu, program ini berjaya mencapai peratusan penonton tertingginya sebanyak 233 ribu.

Dakwah Live boleh dikategorikan sebagai kemuncak dan pelengkap kepada program bual biacara sedia ada di TV AlHijrah dimana program dakwah yang santai dengan tajuk yang mudah dihadam oleh penonton selain menepati citarasa kontemporari. Dakwah Live menggunapakai konsep dakwah separa-realiti yang luarbiasa bercirikan penglibatan dan interaksi santai antara penonton di studio bersama pendakwah terkemuka yang bertindak sebagai hos rancangan.

Mengekalkan hos rancangan musim lalu seperti Datuk Dr. Izhar Arif, Datuk Nurhafiza Musa, Dr. Nik Salida Nik Salleh dan Dr. Syarifah Hayati, mereka juga akan ditemani oleh ramai personaliti terkemuka yang akan turut muncul sebagai tetamu khas. Lebih menarik setiap episod siaran langsung ini turut menawarkan hadiah-hadiah menarik secara spontan kepada penonton di studio.
Dakwah Live akan bersiaran selama 14 episod pada musim baharu dan akan membincangkan topik-topik menarik seperti Kerja itu Ibadah, Jihad yang Dilupakan, Titik Peluh yang Mulia, dan Kuat Lagi Amanah. Dakwah Live akan memulakan siaran pada 9 April akan datang, jam 9 malam.

MAI NGAJI

TV AlHijrah tidak pernah menghampakan penonton setianya dalam memberikan sajian rancangan yang terbaik dari sudut kefahaman fardhu ain dan fardhu kifayah. Atas kesedaran ini jugalah, TV AlHijrah menambah baik kandungan rancangan Mai Ngaji yang menyediakan platform buat umat Islam untuk mempelajari, menyemak, mengkaji serta memperdengarkan bacaan Al Quran secara beramai-ramai.

Mengekalkan Ustazah Nadhrah Mohamed Yunos selaku tenaga pengajar dalam program tersebut, telah terbukti dapat menarik minat penonton untuk mendalami ilmu bacaan Al-Quran dan mempelajari ilmu tajwid. Menerusi rancangan ini juga, Ustazah Nadhrah bersama dengan 150 orang pelajar seolah olah seperti berada di dalam dewan kuliah. Mereka akan bertalaqqi dan bertaddarus dalam memperbaiki bacaan Al-Quran disamping memberi penghayatan dan mempelajari adab-adab ketika membaca Al-Quran.

Rancangan Mai Ngaji musim baharu akan bersiaran selama 8 episod bermula 4 April, pada setiaphari Rabu, jam 7.30 malam. Siaran ulangan pula pada hari yang sama jam 10.00 malam. Mari bersama mendampingi Al Quran setiap hari kerana manfaatnya dapat membentuk nurani dan peribadi.

PENGACARA USTAZ PILOT - USTAZ LUKMANUL HAKIM

USTAZ PILOT

TV AlHijrah sekali lagi membawakan kelainan kepada penontonya yang ingin menimba ilmu agama melalui kaca TV. Melalui platform TV AlHijrah, program dakwah Ustaz Pilot musim baharu akan mengetengahkan topik berkaitan “Amalan mudah menuju syurga”.

TV AlHijrah ingin mendidik masyarakat bahawa sekecil kecil perkara kebaikan boleh menjadi asbab untuk ke syurga. Program ini bakal mengupas amalan-amalan kecil, tetapi diberi ganjaran yang besar oleh Allah SWT sebagai bekalan untuk menuju ke syurga. Lengkap dengan fakta dan perkongsian hadis sahih.

Program ini menampilkan Ustaz Lukmanul Hakim, berpenampilan ala Juruterbang memberi syarahan kepada penonton dengan penyampaian beliau yang tegas sambal diselitkan unsur lawak jenaka ternyata mampu membuat penonton tersenyum lebar serta memudahkan penonton memahami penyampaianya.

Beliau merupakan seorang penceramah bebas serta pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam bidang Fiqh Usul, Haji dan Umrah dan sudah tentunya mempunyai banyak pengetahuan tentang topik yang akan dibahaskan.

Ustaz Pilot musim baharu akan bersiaran pada setiap hari Khamis, jam 7.30 malam dan ulanganya pada hari yang sama jam 10.00 malam. Antara topik yang akan dibincangkan adalah seperti Kalimah La Ilaha Illallah, Jumaat Penghapus Dosa, dan Keajaiban Solat Sunat.

Saksikan sajian program menarik bulan April ini, hanya di TV AlHijrah.

PENGACARA ODP - USTAZ DR FARID RAVI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rahsia Sebalik Lagu TERBAIK UNTUKMU Nyanyian MOHD

AirAsia X Malaysia Dapat Perbaharuan Pendaftaran IOSA