in ,

Lima Berjaya Mara, Tilmiz Nabil & Taufiq Gagal Ke Final Akademi Qurra’ 2024

Separuh akhir Akademi Qurra’ 2024 yang bersiaran secara langsung di TV AlHijrah malam tadi menyaksikan penyingkiran dua peserta lelaki, Tilmiz Nabil dan Tilmiz Taufiq sekali gus melayakkan lima lagi peserta mara ke pentas akhir.

Minggu separuh akhir Akademi Qurra’ 2024 menyaksikan penyingkiran dua peserta, Tilmiz Nabil dan Tilmiz Taufiq sekali gus melayakkan lima lagi peserta mara ke pentas akhir.

Dua Tilmiz tersebut masing-masing di bawah bimbingan Mudarrisah Suhailah dan Mudarrisah Nadiah.

Lima Berjaya Mara, Tilmiz Nabil & Tilmiz Taufiq Gagal Ke Final Akademi Qurra’ 2024

Keputusan itu turut menyaksikan lima lagi peserta Tilmiz Luqman, Tilmiz Amnan, Tilmizah Sofea, Tilmizah Syahira dan Tilmizah Sholihah berjaya mara ke pentas akhir.

Menurut juri jemputan, Ustazah Hajah Rahmas Abdullah, peserta perlu mencari nada suara yang betul dalam bacaan dan dalam masa yang sama memperbaiki bacaan supaya dapat melakukan yang terbaik pada peringkat akhir nanti.

“Suaranya ada namun tenaga pengajar perlu mengajar teknik yang betul mengikut nada suara peserta. Mereka perlu mencari alternatif bagaimana pelajar dapat ‘mencuit’ nada tertinggi dalam jawab-buljawab.
“Bagi separuh akhir, belum ada lagi peserta yang mencapai tahap terbaik. Mungkin atas faktor kesuntukan masa dan tekanan di atas pentas,”

– Ustazah Hajah Rahmas Abdullah
Lima Berjaya Mara, Tilmiz Nabil & Tilmiz Taufiq Gagal Ke Final Akademi Qurra’ 2024

Tambah johan enam kali Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa ini lagi, selain melagukan taranum, bacaan juga harus mempunyai kelunakan tanpa merosakkan tajwid dan sifat huruf.

“Pada peringkat akhir, setiap peserta harus berpegang kepada nada suara empat kategori iaitu qoror, nawa, jawab, buljawab. Biasanya bagi wanita, untuk mendapatkan suara qoror (berfungsi di dada) ini agak sulit, namun ada teknik lain yang boleh dikuasai peserta bagi menguasainya. Ia bergantung kepada setiap individu. Begitu juga dengan suara tinggi.

“Di samping itu, mereka harus pandai mengolah lagu dalam melantunkan burdah-burdah itu mestilah ada kelunakan. Jangan berlagu tetapi keras. Tajwid juga mesti sempurna dan sifat-sifat huruf dijaga dan dilontarkan dengan baik,”

Lima Berjaya Mara, Tilmiz Nabil & Tilmiz Taufiq Gagal Ke Final Akademi Qurra’ 2024

Pada saingan minggu separuh akhir, Tilmiz Luqman diumumkan pemenang Anugerah Alunan Terindah yang membawa pulang wang tunai RM500 beserta rehal. Ini merupakan kemenangan kedua buat Tilmiz Luqman.

Lima Berjaya Mara, Tilmiz Nabil & Tilmiz Taufiq Gagal Ke Final Akademi Qurra’ 2024

Dihoskan oleh Raqib Majid, AQ 2024 turut menampilkan Mudarris Ammar Mukhlis, Mudarrisah Suhailah Zulkifly dan Mudarrisah Nadia Hashim yang bertindak selaku tenaga pengajar.

Program disiarkan setiap Sabtu jam 9 malam di TV Alhijrah itu menampilkan juri tetap Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman dan dibantu oleh Ustaz Muhammad Qayyim Nizar Sarim serta juri jemputan.

Lima Berjaya Mara, Tilmiz Nabil & Tilmiz Taufiq Gagal Ke Final Akademi Qurra’ 2024
Lima Berjaya Mara, Tilmiz Nabil & Tilmiz Taufiq Gagal Ke Final Akademi Qurra’ 2024

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hasrat Tercapai, Amir Jahari Sebak Lagu OST Imaginur Dijulang Juara AJL Ke-38

ALAMANDA

Aktiviti Menarik Cuti Sekolah di Karnival Vikids di Alamanda Putrajaya