in ,

Nourul Pindah Negara Nafi Merajuk, Akui Sudah Difikir Sejak 14 Tahun Lalu

Menerusi muat naik di laman Instagram, penyanyi Nourul Depp telah berkongsi foto dirinya bersama pihak imigresen. Dalam entri tersebut, Nourul memaklumkan dia bersama suami dan anak-anaknya akan berpindah ke luar negara dalam masa terdekat.

Ibu kepada empat cahaya mata itu ketika dihubungi mengakui sudah lama merancang berhubung perkara tersebut. Kata Nourul, dia suka menerokai pelbagai perkara baru di negara lain. 

“Kami mula terfikir sejak tahun 2007 lagi, mungkin sekarng tiba masa yang sesuai. Negara yang kami ingin pindah ini juga sudah menerima orang masuk dengan syarat yang ditetapkan. Suami saya pun sedang uruskan segala proses untuk ke negara berkenaan. Setakat ini semuanya baik-baik sahaja,” jelasnya. 

Bagaimanapun, Nourul masih enggan berkongsi secara spesifik mengenai negara yang dimaksudkan itu. Pada masa sama, penyanyi lagu ‘Kerana Terluka’ ini memberitahu ahli keluarganya juga tidak memberi sebarang tentangan terhadap perancangan itu. 

“Saya masih belum mahu kongsi lagi mengenai negara tersebut setakat ini. Tak lah jauh mana, masih dalam lingkungan negara Asia. Saya dah takda ibu bapa, anggota keluarga lain okay sahaja cuma sedih sebab jarang berjumpa nanti,” tuturnya. 

Dalam pada itu, Nourul menegaskan perancangan berpindah ke luar negara itu tidak kena mengena dengan istilah dia merajuk dengan mana-mana pihak. Malah, Nourul menyerahkan segalanya kepada Allah SWT. 

“Saya pindah ke luar negara bukan sebab merajuk dengan mana-mana pihak. Saya bersedia, perniagaan pun boleh dilakukan secara online di sana. Meskipun saya rancang untuk berpindah hingga ke hari tua, namun ada juga waktu yang saya akan balik ke Malaysia. Apapun, kita hanya mampu merancang, selebihnya saya yakin dengan kuasa Allah. Dia lah yang menetapkan segalanya untuk kita,” katanya. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengalaman Budiey Menggunakan Samsung Galaxy A72, Sesuai Untuk Youtuber & Blogger

Mawar Rashid Hadiahkan Gelang Emas Sempena Hari Lahir Ibu Mentua