in , , ,

Pengalaman Budiey Menggunakan Samsung Galaxy A72, Sesuai Untuk Youtuber & Blogger

Baru-baru ini, Budiey ada menyiarkan artikel pasal pengalaman Budiey buka kotak Samsung Galaxy A72. Diharap artikel itu memberikan serba sedikit info buat anda yang ingin membelinya.

Kepada yang bertanyakan samada nak beli telefon bimbit yang mana satu, Samsung Galaxy A72 atau Samsung Galaxy A52, Budiey nak cadangkan anda membaca artikel ini sampai habis sebab dari situ anda boleh membandingkan kedua-dua telefon bimbit ini. 

SAMSUNG Samsung Galaxy A72

Pertama sekali, Budiey suka menyentuh tentang reka bentuk Samsung Galaxy A72. Kalau diteliti dengan betul sebenarnya telefon pintar kelas pertengahan ini mempunyai bentuk yang serupa dengan Samsung Galaxy A52. Cuma perbezaannya terdapat pada saiz skrin, di mana Samsung Galaxy A72 mempunyai skrin yang lebih lebar, iaitu 6.7 inci. Jadi, jika korang mahu mencari skrin yang besar, nah ini masanya tanpa syak wasangka lagi, Samsung Galaxy A72 adalah pilihan yang tepat. Ini adalah kerana harganya cukup berpatutan iaitu serendah RM1,899. Samsung Galaxy A72 menggunakan plat plastik dan ianya datang dengan tiga warna seperti hitam, biru dan ungu. Selain nampak lebih kemas dari rekaan sebelum ini, telefon bimbit ini mempunyai sentuhan lembut untuk mengurangkan banyak cap jari pada telefon. Walaupun belakang telefon tu diperbuat daripada plastik, tapi Budiey masih rasa ianya cukup premium dan selesa di genggaman. 

BUDIEY Samsung Galaxy A72
FOTO PANORAMA YANG DIAMBIL DENGAN MENGGUNAKAN SAMSUNG GALAXY A72

Sebagai seorang Youtuber dan blogger hiburan dan gaya hidup, Budiey sangat memerlukan telefon bimbit sehebat Samsung Galaxy A52 kerana kita dapat buat macam-macam kerja. Pendek kata, ia sangat multi-tasking. Sudah tentu, asasnya kita boleh menjawab panggilan, dengan kameranya yang canggih kita dapat mengambil gambar, merakam video, main games di waktu lapang dan menonton filem kegemaran serta berhibur sekejap melayan gelagat di TikTok. Oh ya, satu perkara lagi, paparan skrin telefon pintar ini adalah 90Hz. Kebiasaannya telefon kita hanya mempunyai paparan skrin 60Hz sahaja, nampak perbezaan ketara dari segi kelancaran semasa scroll di ruang hadapan telefon dan ketika bermain game.  

BUDIEY Samsung Galaxy A72

Dengan layar super AMOLED 6.7 inci, layar mempunyai resolusi Full HD plus dengan kepadatan piksel hingga 393 ppi. Bukan hanya itu, telefon ini telah dilengkapi dengan teknologi skrin 90Hz yang menjadikan pergerakan skrin kelihatan lebih lancar dan lebih selesa untuk dilihat. Budiey merasa cukup selesa ketika main games atau scrolling melalui IG dan TikTok dengan adanya layar di telefon bimbit ini dengan kadar penyegaran 90Hz.

Kerja Budiey sebagai Youtuber sudah tentu lengkap dengan ciri kamera dan video di mana ia mampu merekod 1080p 30fps dan 4K 30fps untuk kamera bahagian hadapan. Manakala di bahagian belakang pula mampu merekod 1080p 30fps, 12fps dan 4K 30fps. Apabila nampak hasilnya selepas diedit, memang mutu video nampak sangat cantik dan cinematik! Tambah pula dengan fitur scene optimiser yang disediakan amat membantu semasa proses mengambil gambar dan video. Ia cepat mengawal warna dan pengcahayaan, ini amat membantu untuk mengurangkan kerja menyunting gambar.  

BUDIEY Samsung Galaxy A72

Galaxy A72 dilengkapi dengan dua pembesar suara, satu di atas dan satu di bawah. Anda boleh mendapatkan pengalaman audio stereo tanpa fon telinga. Nikmati menonton filem atau permainan kegemaran anda dengan suara sinematik yang akan membolehkan anda merasai pengalaman seperti menonton wayang.

BUDIEY Samsung Galaxy A72
MENGGUNAKAN LENSA WIDE SAMSUNG GALAXY A72

Oh, itu ciri yang ada pada video, sementara itu, untuk foto pula, Samsung Galaxy A72 dilengkapi dengan 4 kamera yang dianggap cukup sempurna bagi yang suka mengambil gambar. Yang penting, anda boleh menggunakan resolusi ultra tinggi pada kamera utama 64MP dengan OIS untuk foto yang tajam dan jelas. Anda juga dapat memperluas jangkauan objek dengan menggunakan kamera ultra lebar.

BUDIEY Samsung Galaxy A72
SELFIE DENGAN MENGGUNAKAN SAMSUNG GALAXY A72

Kamera ini juga dilengkapi dengan 3x optical zoom dan 30X space zoom pada lensa telefoto dengan penstabilan imej optik (OIS), yang membantu menstabilkan tangkapan untuk mengekalkan pergerakan yang lancar dan hasil gambar yang tajam walaupun cahaya redup.

Dari segi kelancaran pula, Samsung Galaxy A72 dikuasakan dengan chipset Snapdragon 720 G. Fuh, sangat lancar dan masa Budiey main games Mobile Legends fuh… laju berdesup! Takde tersekat lagi dah. Cakap pasal games, ianya ditambah dengan fitur Games Booster. Bayangkan apabila Game Booster bergabung dengan Stereo Speaker dan sokongan Dolby Atmos. Speaker pula kiri kanan memang padu berdentum. Memang syoklah main games secara online ni. Tapi kalau nak mantap lagi, boleh guna earfon yang disediakan tu. 

BUDIEY Samsung Galaxy A72
GAMBAR POTRAIT DENGAN MENGGUNAKAN SAMSUNG GALAXY A72

Adreno 618 juga menjadi alasan mengapa telefon bimbit ini berada di kelas yang unggul kerana mempunyai sektor grafik yang baik. Disokong oleh RAM 8GB yang menyokong prestasi pada Samsung Galaxy A72. Dengan RAM yang besar, kalau anda mahu buka banyak aplikasi secara serentak tidak lagi lagi sangkut atau bermasalah. Jadi, tidakkah telefon ini akan jadi lebih untuk aktiviti multitasking?

Samsung Galaxy A72 juga dilengkapi dengan fitur Eye Shield dimana fitur itu boleh di pasang dan melindungi mata dari pendedahan cahaya biru yang terlalu lama. Paparan Samsung A72 adalah beresolusi 2400 X 1080 dengan 394 PPI (Pixel Per Inch) (resolusi ini adalah terbaik dan jelas seperti penglihatan 20/20). Oh ya, ruang storan juga sangat fleksibel di mana kita boleh tambah dengan MicroSD sehingga 1TB, kapasiti bateri yang banyak 5000mAH, pengecasan yang pantas sehingga 25W (charger yang disediakan hanya 15W),

Semasa menggunakan telefon bimbit ini di kolam renang, Budiey tak risau kalau ianya jatuh atau pun terkena air. Ya, cirinya yang tahan air dan habuk membuatkan Budiey dah tak stress kalau meninggalkan telefon bimbit kat rumah.  Untuk info anda, ia dilengkapi dengan perakuan IP67 untuk ketahanan air dan habuk, telefon ini tahan air hingga 1 meter selama 30 minit. Jadi, anda tidak perlu bimbang lagi sekiranya telefon bimbit anda jatuh secara tidak sengaja di bilik mandi atau kolam renang dengan kedalaman kurang dari satu meter dalam masa kurang dari setengah jam.

Bukan hanya dari segi prestasi yang tip top, Samsung Galaxy A72 juga mempunyai bateri berkapasiti 5,000 mAh. Selain itu, ia juga disokong oleh fitur Fast Charging atau pengisian cepat 25W. Selama kami menggunakannya, tak ambil masa yang lama untuk bateri telefon bimbit terisi penuh.

Lagi-lagi kalau sedang bermain game atau menonton video, dah tak perlu risau bateri habis. Sebab kapasiti bateri sudah cukup besar, dan dan tidak perlu panik ketika telefon bimbit kehabisan bateri kerana kemampuannya mengecas dengan cepat.

Antara lain kelebihan utama Samsung Galaxy A72 yang menjadi kesukaan kami adalah ketahanannya terhadap air dan debu. Di mana ini adalah salah satu ciri premium yang terdapat pada telefon pintar.

 Samsung Galaxy A72 tersedia dengan 4 pilihan warna iaitu Awesome Violet, Awesome Blue, Awesome Black, dan Awesome White 14.

Untuk info mengenai Samsung Galaxy A72, anda boleh melayari di website INI.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Champs® Duopharma Biotech & Nasom Anjur Kempen Kutip Derma Untuk Autisme

Nourul Pindah Negara Nafi Merajuk, Akui Sudah Difikir Sejak 14 Tahun Lalu