in ,

Mawar Rashid Hadiahkan Gelang Emas Sempena Hari Lahir Ibu Mentua

Mawar Rashid yang telah melakukan satu kejutan istimewa bersempena dengan ulang tahun kelahiran ibu mentuanya.

“First time hadiahkan gelang emas kat ibu. Birthday surprise to ibu my MIL @rsd.umi. Sweet kan kitorang pakai baju sama dari @hijabista.hub (PART1) Part 2 kat reels Mawar. Tgk tau,” tulis pelakon dan usahawan, Mawar Rashid yang telah melakukan satu kejutan istimewa bersempena dengan ulang tahun kelahiran ibu mentuanya. 

Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram miliknya, Mawar dilihat telah menghadiahkan seutas gelang dan sebentuk cincin emas kepada ibu mentuanya. Turut sama meraikan momen istimewa itu ialah suaminya, Raf Yaakob. 

Mawar Rashid Hadiahkan Gelang Emas Sempena Hari Lahir Ibu Mentua

Menurut Mawar, ini merupakan kejutan paling istimewa kepada ibu mentuanya setelah empat tahu mendirikan rumah tangga bersama suaminya. Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji sikap murni Mawar bersama ibu mentuanya. 

Untuk makluman, Mawar dan suaminya, Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raden Muhammad Rafael, 2 tahun dan Raden Seri Rossabella Cinta, 4 bulan. 

What do you think?

67 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Nourul Pindah Negara Nafi Merajuk, Akui Sudah Difikir Sejak 14 Tahun Lalu

Lepas Sharnaaz, Giliran ‘Pakcik Baru’ Pula Kena Nyanyi Lagu Kesukaan Jebat Jayden