in , ,

Neelofa Kini Tampil Mengenakan Niqab, Penampilan Terbaru Mengejutkan Netizen

Ramai netizen berbicara tentang perubahan mendadak dengan imej penampilan Neelofa yang kini tampil mengenakan niqab atau dalam bahasa kita orang Melayu, berpurdah… dalam posting terbaharu di Instagram miliknya pada hari ini.

Tindakan Neelofa mengenakan purdah ini menarik perhatian netizen. Rata-rata peminat dan netizen telah menyambut baik keputusan Neeloga memakai niqab. Perkara yang baik haruslah diberi galakkan dan ini menggalakkan ramai pengikutnya turut melakukan kerja ke arah kebaikan. 

Rata-rata netizen ingin kepastian mengenai penampilan terbaharu Neelofa itu sekadar sementara atau kekal sebagai imej baharu wanita muslimah.

Setakat ini, Neelofa telah menyiarkan dua posting yang menampilkan imej terbaharu mengenakan niqab. 

NEELOFA

Menariknya, apa yang lebih menjadi perhatian apabila digambar berkenaan juga turut disertakan dengan petikan daripada ayat Al-Quran iaitu Surah Yunus Ayat 26.

“Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya. 

“Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya,”

– IG Neelofa

Beberapa jam setelah memuat naik foto dirinya dengan penampilan baharu yang mendapat pujian ramai, Neelofa menuliskan luahan isi hatinya terhadap penghijrahan yang baru dilakukan.

Namun begitu, ia ramai yang masih menjadi tanda tanya sama ada memang kini Neelofa sudah benar-benar berniqab sekadar sebagai imej untuk mempromosikan produk tudung terbaharu atau sekadar tujuan marketing semata-mata.

NEELOFA

Dalam dua perenggan tulisan yang dimuat naik, Neelofa mengaku dirinya kini memilih untuk berniqab.

“Doakan saya insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari,”

– – Neelofa

Bersama penghijrahan penampilan baharunya itu, dia juga tak henti meminta doa agar keputusan yang diambil mampu mempertahankan istiqamahnya.

“Kirimkan juga buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Ilahi. Insya Allah semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan selalu berada dalam rahmat dan ehsanNya,” 

– Neelofa
NEELOFA

Sebelum itu, ibu Neelofa, Datin Noor Kartini turut berkongsi sebuah video menunjukkan penampilan terbaru anaknya itu yang menampakkan bahagian matanya sahaja. 

899620

“Masya-Allah Ya Allah aku tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dengan karuniamu mengamanatkanku bidadari yang terindah untuk ku, yang banyak mengajarku, yang menjadi inspirasiku,”

“Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yang kau kurniakan dan ku mohon kurniakan hidayah yang terbaik untukku, seluruh keluargaku dan seluruh umat manusia… amin. Love you bidadariku,

Datin Noor Kartini

Neelofa menerusi IG Story turut meluahkan rasa sebak apabila menyaksikan reaksi ibunya sewaktu pertama kali melihatnya mengenakan niqab. 

NEELOFA

Hijrah Neelofa Buat Peminat Sebak, Doa Kekal Istiqamah

Keputusan pelakon dan usahawan Neelofa, 31, mengenakan purdah disambut baik sebilangan besar peminat dan rakan artis.

Bukan hanya untuk suka-suka atau berfesyen, ternyata Neelofa benar-benar mahu memakai purdah atau berniqab selepas ini. Hal ini telah diketahui melalui posting yang dimuatnaik oleh syarikat perniagaan miliknya Naelofar.

NEELOFA

“Selalu memberi inspirasi kepada kami, Pengasas kami, Neelofa, melakar sejarah hari ini ketika dia mengumumkan keputusannya untuk memakai Niqab.  

Semoga perjalanannya diberkati dan menjadi permulaan bagi sesuatu yang lebih besar bagi Naelofar dan para wanita pada umumnya.

Dia telah membuktikan bahawa walaupun dengan wajah yang tertutup, wanita mencapat kejayaan di peringkat dunia.”

– IG Naelofar

Siti Nurhaliza, Mizz Nina & Barisan Selebriti Lain Luah Rasa Syukur

Sejak semalam, ramai selebriti di media sosial turut memberi reaksi dengan gambar yang dimuatnaik oleh Neelofa memakai purdah di laman Instagramnya.

Diruangan komen barisan selebriti terkenal meninggalkan komen dengan memuji kecantikan Neelofa tampil berniqab. Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga dilihat mengucapkan kesyukuran di atas perubahan yang dilakukan oleh Neelofa.

NEELOFA

Menerusi foto dimuat naik Neelofa di akaun Instagram, rata-rata pengikutnya dan rakan selebriti mendoakan Neelofa kekal istiqamah dalam memperbaiki diri sebagai seorang muslimah.

Rata-rata netizen juga turut suka dengan penampilan Neelofa berpurdah warna hitam persis wanita arab. Malah ruang komen foto tersebut juga dipenuhi dengan pujian daripada peminat-peminatnya.

Antara rakan selebriti meninggalkan komen termasuk pereka terkenal Hatta Dolmat yang mendoakan usaha Neelofa diredhai Allah SWT.

“Semoga terus istiqamah dan mendapat keredhaan dari-Nya. Amin,”

– HATTA DOLMAT

Sementara itu, seorang pengikut akaun Instagram Neelofa mengakui rasa sebak dengan penghijrahan dilakukan selebriti itu.

“Saya tidak kenal Neelofa secara peribadi tetapi rasa sebak dan gembira dengan penampilan baru Neelofa ini,”

– Hidayah.
NEELOFA

Hari ini, Neelofa memuat naik foto di Instagram menunjukkan dirinya mengenakan purdah.

Jelasnya, usaha itu tidak lain hanya semata-mata mencari keredhaan Allah SWT selain memperbaiki diri sebagai menjadi wanita muslimah.

“Terima kasih kepada yang bertanya, Alhamdulillah, doakan supaya saya istiqamah,”

– Neelofa

Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor pernah mengejutkan industri tanah air dengan mengenakan hijab pada tahun 2014.

Kata pelakon itu, dirinya mengambil keputusan mengenakan hijab adalah ikhlas dari hati tanpa paksaan mana-mana pihak.

Semoga Neelofa terus istiqomah dengan perubahan baik yang telah dilakukannya serta menjadi contoh kepada muslimah di luar sana.

NEELOFA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selepas Ayah & Emak, Anak Donald Trump Usia 14 Tahun Turut Positif Covid-19

Kalahkan Ariana Grande, BTS Dinobat Top Social Artis Di Anugerah Music Billboard 2020!