in

Kalahkan Ariana Grande, BTS Dinobat Top Social Artis Di Anugerah Music Billboard 2020!

Kumpulan K-Pop terkenal dunia, BTS dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Top Social Artist di anugerah berprestij Billboard Music Awards (BBMA) 2020 yang berlangsung hari ini.

Kemenangan itu sekaligus menewaskan calon hebat lain untuk tahun ini iaitu EXO, GOT7, Billie Eilish, dan Ariana Grande. Lebih manis lagi, anugerah ini merupakan kemenangan kali keempat berturut-turut buat BTS.

BTS juga turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menjadi tulang belakang dan menyokong kerjaya mereka.

“Terima kasih Army kerana memberikan kami anugerah ini selama empat tahun berturut-turut. Kami rasa anugerah ini adalah bukti tidak kira di mana kami berada, BTS dan Army sentiasa bersama.

“Anugerah ini merupakan hadiah untuk keutuhan hubungan istimewa kami. Ribuan terima kasih sekali lagi buat Army dan juga Billboard untuk anugerah bermakna ini,”

– BTS

Dalam pada itu, BTS juga turut membuat persembahan istimewa dengan menyampaikan lagu terbaharu berjudul Dynamite.

Billboard Music Awards 2020 telah berlangsung di Los Angeles hari ini (15 Oktober 2020) manakala bagaimanapun disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda persembahan BTS dilakukan secara virtual.

BTS melangsungkan persembahan istimewa mereka bertempat di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Neelofa Kini Tampil Mengenakan Niqab, Penampilan Terbaru Mengejutkan Netizen

Gambar Hiasan

Kes Datuk Seri Panjat Pagar SPRM Terjawab, Lepas Tengok CCTV Rupa-Rupanya…