in ,

Mufti Nasihat Siti Nurhaliza Tunda Tarikh Konsert Menjelang Ramadan

Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dinasihatkan agar menunda ‘Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ yang dijadualkan berlangsung pada Mac ini.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata hiburan yang diadakan menjelang Ramadan seolah melalaikan umat Islam.

“Maaf, saya tak dapat komen sebab tak dapat liputan sepenuhnya tentang konsert itu. Cuma komen saya, adalah tidak elok mengadakan konsert di ambang bulan Ramadan.
“Sepatutnya umat Islam membuat persiapan rohani untuk menyambut ketibaan bulan yang mulia ini dengan membanyakkan zikir, membaca al-Quran, puasa sunat, sedekah dan sebagainya,”

Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor

Tambahnya lagi, penganjuran konsert itu bercanggah dengan galakan kepada umat Islam supaya beramai-ramai memenuhi tempat ibadah mengerjakan solat berjemaah, mengikuti program ceramah, tazkirah dan sebagainya.

“Jadi Datuk Seri Siti Nurhaliza sepatutnya mengelakkan kontroversi yang mungkin akan berbangkit susulan konsert yang dirancangnya pada waktu yang tidak sesuai.
“Pada pandangan saya, beliau masih ada masa untuk mengubah tarikh ini. Eloklah konsert tersebut ditunda ke tarikh lain, umpamanya selepas Hari Raya Aidilfitri nanti,”

Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor

Untuk info, konsert Siti dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Mac dan bulan puasa pada tahun ini dijangka jatuh pada 12 Mac 2024.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Uqasha Senrose Terkilan, Netizen Sibuk Dengan Perancangan Keluarga

Iss Arfan & Nadzira Shafa Lancarkan Duet Kedua SEMPURNAKAN AKU