in , ,

Iss Arfan & Nadzira Shafa Lancarkan Duet Kedua SEMPURNAKAN AKU

Korang dah layan lagu Berjudul SEMPURNAKAN AKU nyanyian Iss Arfan & Nadzira Shafa?

SEMPURNAKAN AKU merupakan duet kedua, kali ini menerusi projek kolaborasi istimewa antara dua negara, Iss Arffan dan Nadzira Shafa meneruskan karya mereka setelah duet pertama mereka berjudul Kekasih Hati.

Iss Arfan & Nadzira Shafa Lancarkan Duet Kedua Berjudul SEMPURNAKAN AKU

“Takkan tergantikan engkau di dalam hatiku

Sungguh ku tak mampu lumpuhkan mu

Takkan pernah mungkin bisa ku bunuh cintaku

Karna ku yakin engkau sempurnakan aku

Karna ku yakin kau sempurna untukku”

Petikan rangkap lirik di atas merupakan bahagian utama lagu yang mana ianya menceritakan dan meluahkan rasa bersyukur atas kehadiran seorang pasangan yang telah mampu melengkapi hidupnya. Unsur romantis yang diterapkan dalam lagu ini juga diharmonikan lagi dengan nada vokal lembut Nadzira Shafa dan Iss Arffan  serta melodi manis yang di kompos oleh Opang, produser Octav Panggabean dan susunan muzik oleh Ian Adrian & Bayu Pamungkas. 

Dilancarkan pada hari Rabu bertarikh 17 Januari 2024 terbitan & edaran RPM (PT. Royal Prima Musikindo) di Indonesia dan edaran MAPMUSIC di Malaysia, lagu ini menjadi karya pertama bagi Nadzira Shafa dan Iss Arffan sebagai pembuka tahun 2024. 

Duet kedua mereka yang berjudul Sempurnakan Aku ini boleh ditonton dan didengari di YouTube serta platform-platform digital seperti Spotify, Joox, Apple Music, iTunes, dan lain-lain. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mufti Nasihat Siti Nurhaliza Tunda Tarikh Konsert Menjelang Ramadan

Keputusan Markah Peserta Konsert Bintang RTM 2024 Minggu Pertama