in ,

Movie Day Out Sensasi Selebriti Nur Kasih The Movie

Salam buat semua pembaca budiman,

Dah lama betul, kita tak hang out dan tonton wayang citer Melayu sama-sama kan? Asyik citer Hollywood je, sekali sekala, kenalah sokong filem tempatan. So, esok, Budiey ingin mengajak pembaca untuk menonton filem NUR KASIH THE MOVIE bersama pembaca Budiey.com yang lain? Amacam okay? Tiket percuma untuk korang + dapat goodie bag istimewa.

Tak perlu nak citer banyak pasal NUR KASIH THE MOVIE sebab korang dah tahu fenomena luar biasa tentang filem ini. Jadi, Budiey rasa ini adalah peluang untuk korang tonton filem ini di pawagam sebab beberapa hari lagi filem lakonan Tiz Zaqyah, Remy Ishak dan Fizz Fairuz ni dah takde lagi dah kat pawagam.

Poster Nur Kasih The Movie

Sinopsis NUR KASIH THE MOVIE:

Hayatilah perjalanan cerita yang telah digarap dengan sebaik mungkin ini dalam mengekalkan kesinambungan yang terhebat. Anda akan merasakan satu aura yang mungkin dicari-cari selama ini.

Sebuah filem tahun 2011 yang wajib ditonton bagi mereka yang bukan saja telah mengikuti siri drama 26 episodnya tetapi juga kepada insan yang bergelar manusia yang sedang menjalani kehidupan di dunia ini. Jalan manakah yang anda telah lalui sekarang bagi menuju ke suatu tempat yang abadi? Nur Kasih The Movie – Perjalanan Menuju Abadi…

Tonton Trailer Filem NUR KASIH THE MOVIE:

Bila? Hari Sabtu ini, 11 Jun 2011, Jam 11 pagi

Waktu Tayangan: 11

Di mana? Pawagam GSC Mid Valley

Bayaran? PERCUMA + Goodie bag juga diberikan!

Runtime: 100 minit

BAGAIMANA CARANYA?

Apa yang korang perlu buat ialah:
Jadi pemanggil terawal. Sila hubungi Budiey di talian 019 2883856 sekarang! Tiket masih ada!

Segala SMS yang dihantar tidak akan dilayan. Siapa cepat dia dapat!!!

Kepada pembaca bertuah, kita jumpa HARI SABTU ini ya!

Nur Kasih The Movie

Nur Kasih The Movie

Nur Kasih The Movie

Nur Kasih The Movie

Nur Kasih The Movie

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Smartphone Rocked the Tech Universe Hits Malaysia

MTV World Stage Live in Malaysia Rangsang Industri Pelancongan