in , ,

Mira Filzah Dituduh Perangai Tak Elok, Baling Barang Dekat Orang?

Nama Mira Filzah Kena Petik Selebriti Perangai ‘Syaitan’, Baling Barang Dekat Orang

Tiada angin tiada ribut, nama selebriti terkenal, Mira Filzah dituduh sebagai artis yang mempunyai perangai buruk.

Dakwaan ini timbul selepas tular video memaparkan dua orang individu membongkar perangai selebriti tanah air dalam satu sesi podcast.

Di ruangan komen sebuah portal, seorang individu tiba-tiba memetik nama Mira dan mendakwa mukanya dibaling objek oleh pelakon cantik itu. Namun, Mira tampil mempertahankan diri menjelaskan tuduhan yang dibuat tak benar.

Katanya, selama 10 tahun dalam dunia seni hiburan dia tidak pernah membaling apa-apa barang pada orang. Pelakon yang mempunyai lebih 7 juta pengikut ini berkata lagi, dia langsung tak mengenali individu yang membuat tuduhan tersebut.

Pengacara Sarancak juga menafikan pendedahan perangai artis dalam sesi podcast itu ditujukan kepada Mira Filzah. Haih netizen ni, suka hati je petik nama orang!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shila Amzah Lega Rumah Banglo di Hulu Langat Sudah Dikosongkan

HONOR Kuasai Pasaran Telefon Pintar China Suku Ketiga 2023