in

Menangi SKUTER NAZA BLITZ 150 di Muzik FM

KUIZ MUZIK FM TAWAR EMPAT SKUTER NAZA BLITZ 150 KEPADA PEMENANG

Saluran Radio MUZIKfm yang tersenarai antara saluran Radio Nasional kini muncul memberi peluang serta kejutan kepada pendengar-pendengar setia melalui Kuiz [email protected] Saluran Radio yang boleh didengari disegenap pelusuk negeri di Malaysia ini menjanjikan empat buah skuter Naza Blitz 150 untuk dimenangi setiap minggu di sepanjang bulan Mac.

Kuiz yang bermula dari 1 Mac hingga 26 Mac, hanya memerlukan pendengar untuk menjawab soalan terkumpul pada setiap hari dan menghantar jawapan tersebut pada setiap hari selepas mengumpul jawapan dari soalan ke empat pada setiap malam harinya. Setiap minggu seorang pendengar dengan 20 jawapan terkumpul yang tepat akan dipilih untuk memenangi hadiah istimewa sumbangan Naza Bikes Sdn Bhd.

Soalan-soalan terkumpul akan dikemukakan di setiap segmen utama Saluran MUZIKfm iaitu segmen Muzik Pagi (6.00-10.00 pagi), Kafe Muzik (10.00-2.00 ptg), Rock Selamba (2.00-5.00 petang) dan Muzik 59 (5.00-9.00 petang) pada setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Majlis simbolik Penyerahan Sumbangan 4 buah Skuter Naza Blitz ini telah diadakan di Konti MUZIKfm, Radio Televisyen Malaysia pada 3 Mac 2010 yang telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Naza Bikes Sdn Bhd iaitu Encik Nik Daniel Nik Mahmood kepada Pengurus MUZIKfm bersama DJ-DJ popular MUZIKfm.

Selain Kuiz [email protected], MUZIKfm dengan slogan ’Stesen Muzik Anda’ ini juga menyediakan pelbagai kuiz-kuiz lain dengan menjanjikan hadiah-hadiah menarik berupa wang tunai, baucer, tiket ke Menara KL dan pelbagai hadiah hebat lain yang menanti pendengar bertuah di sepanjang bulan Mac ini.

Selain dari itu, sepertimana tahun-tahun sebelumnya JELAJAH MUZIKfm kembali lagi tahun ini dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik sepanjang persinggahan di setiap destinasi. Empat negeri persinggahan JELAJAH MUZIKfm kali ini adalah:

Terengganu (27-28 Februari)
Perak (6-7 Mac)
Melaka (13-14 Mac)
Selangor (20-21 Mac)

Untuk mengetahui destinasi sebenar persinggahan JELAJAH MUZIKfm kali ini, jangan lupa untuk mendengarkan saluran MUZIKfm di frekuensi 88.5 mhz (Lembah Klang) atau layari laman sesawang www.muzikfm.com.my untuk mengetahui maklumat frekuensi di kawasan anda.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Fesyen Songket Betty Benafe di Pelancaran Mingguan mStar

Band Pesawat Bawa Peminat Bercuti Dalam Xpresi Kembara