in , ,

“Lepas Habis Show, Saya Hanya Fikir Nak Makan Kat Mana” – Hael Husaini

Tahniah buat komposer Ezra Kong, penyanyi Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini yang berkongsi hadiah selepas muncul juara AJL33 dengan lagu HARAM di AJL 33. Semoga menjadi pemangkin semangat untuk menghasilkan lagu yang lebih power!

Walaupun menjadi antara finalis yang diramal untuk menang di AJL, penyanyi dan komposer Hael Husaini tidak menjangka lagu duetnya bersama Dayang Nurfaizah, Haram berjaya meraih gelaran pemenang di Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33) yang berlangsung pada Ahad.

Untuk rekod ia adalah kemenangan kali kedua berturut-turut gandingan Hael Husaini dan Ezra yang pernah menjuarai AJL32 tahun lalu menerusi lagu Jampi. Manakala lagu nyanyian Dayang berjudul Lelaki Teragung pula merangkul trofi AJL31.

Merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Hael bersama Ezra Kong, Haram mencipta kejutan dengan menewaskan 11 finalis AJL 33.

Anugerah Juara Lagu 33

“Sejujurnya, saya tak fikirkan langsung dapat meraih sebarang tempat kerana saya hanya memberikan fokus untuk membuat persembahan terbaik untuk peminat. Kami merupakan peserta akhir yang membuat persembahan. Saya sempat berfikir dan berbual dengan Dayang, lepas habis persembahan, nak makan di mana kerana lapar,”

– Hael Husaini

Mengekalkan kejuaraan tahun lalu, Hael tidak meletakkan harapan tinggi kerana merasakan lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar bakal menggondol kejuaraan.

Anugerah Juara Lagu 33

“Saya tak sangka menang kerana saya merasakan lagu Sampai Bila bakal bergelar juara. Lagu tersebut sangat baik dan dicipta oleh Sharon Paul bersama lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya bersama Shah Shamshiri.

“Akhirnya, rezeki berpihak kepada kami. Syukur Alhamdulillah… Saya berterima kasih kepada Dayang kerana sudi untuk berkolaborasi bersama kami. Saya dan Ezra juga menjadikan perkara ini sebagai pemangkin untuk kami berusaha dengan lebih kuat, Insya-Allah,”

Hael Husaini

Menerusi kejuaraan tersebut, Ezra, Hael dan Dayang berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM50,000 bersama trofi.

Anugerah Juara Lagu 33
Anugerah Juara Lagu 33

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Jauhi Jantan Yang Buka Aibmu,” – Ismail Embong

Penglibatan Anda Dalam DFKL 2019 Kini Bermula!