in ,

Legasi Dari Tirai Besi Dalam Panorama

“Dengan kemahiran apa yang saya pelajari menggunakan mesin tenun ini, berkawan dan juga tenaga pengajar di sini memanglah ada harapan kalau boleh kami teruskan. Memandangkan peluang yang ada bagi kami di luar agak tipis, farapan itu ada tapi sukar untuk diluahkan”.

Antara luahan yang dikongsikan salah seorang banduan/penghuni yang sedang menjalani hukuman di penjara yang dikongsikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam program “Panorama” terbitan Unit Majalah dan Dokumentari TV. 

Berkongsi memaparkan episod khas ‘Legasi Dari Tirai Besi’, hos Rosnani Nasir bersama-sama kru penerbitan ke Penjara Penor, Pahang bagi melihat sendiri aktiviti pembuatan Tenun Pahang DiRaja yang dihasilkan oleh penghuni-penghuni terlatih dan terpilih. 

Berkonsepkan terapi melalui seni, aspek kesabaran, fokus dan ketelitian diterap sebagai satu kaedah pembentukan jatidiri penghuni Penjara Penor.

Episod menarik yang jarang sekali ditonjolkan dengan masyarakat umum ini menemui penonton pada 24 Februari ini, Isnin, pukul 10.00 malam di TV1.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ramai Berselfie dengan Sajat di Mekah, PU Amin Nafi Dibawa Keluar dari Makkah

YouTube Menjana Lebih RM60 Bilion Sepanjang 2019